Followers

Monday, April 25, 2011

Rasullah tidak guna al-Mubahalah dalam fitnah 'seks', UMNO memang tak faham agama

Kuala Trengganu - Isu 'klip video seks' yang dilontarkan di persada politik tanah air menjadikan situasi semakin bergelora umpama pepatah Arab, 'biar selut dan tanah itu menjadi lumpur'.

Bagi PAS sebuah perjuangan yang mempunyai konsep, pegangan dan rujukan, isu tersebut mestilah dirujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan Parti Islam itu.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din, ianya adalah isu yang hampir sama sebelum ini, yang diulang kembali sehingga menyebabkan pihak yang terlibat' mengaturkan 'Mubahalah' dalam masjid.

Beliau menolak kedua-dua isu yang meletup menjelang dua pilihanraya, pilihanraya kecil permatang pauh dan menjelang pilihanraya negeri Sarawak, sebagai satu kebetulan.

"Dahulunya, berlaku hal yang 'ala' ini, melibatkan 'orng yang terlibat' itu mengaturkan sumpah dalam masjid dan hal itu berlaku menjelang pilihanraya (kecil) Permatang Pauh,

"Yang mutakhir ini pun kita lihat ada 'paten' itu, beberapa hari (sebelum) pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak, meletup isu ini, mungkin(kah) kita katakan itu kebetulan......tapi (sudah) dua kali.......apa kebetulannya??,"soalnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang, Sabtu 23 April.

Menurutnya, pernah berlaku satu senario dalam sejarah Islam satu isu yang lebih besar dari apa yang sedang berlaku sekarang melibatkan Ummul-Mukminin A'isyah dituduh dengan fitnah dan disebarkan dengan meluas.

Katanya, A'isyah di tuduh melakukan hubungan sulit dengan sahabat yang juga pahlawan dan pakar kuda perang RasuluLlah S.A.W, Safwan al-Mua'ttol as-Sulami

Beliau berkata, akibat tuduhan fitnah itu, Ai'syah telah pengsan dan mengalami demam panas, apabila khabar fitnah itu sampai ke pengetahuannnya

Namun, sepanjang peristiwa pahit yang berlaku selama 40 hari itu, menurutnya, Nabib Muhammad S.A.W tidak menggunakan kaedah al-Mubahalah

"Sepanjang kisah tersebut berlaku, selama 40 hari (ada yang mengatakan 3 bulan), tapi....sepanjang peristiwa itu, lihatlah dari mana-mana sumber Islam, tafsir (atau) hadis, Nabi (Muhammad SAW) tidak menggunakan cara al-Mubahalah, nabi tidak minta Ai'syah bersumpah dan tidak sesiapa pun meminta Safwan bersumpah,"tegas Dr. Haron Din.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.