SB tak buat kerja ka?
Polis tak jalankan tugas ka?
Taib tiduq awai ka?
Muhyiddin takutkan orang Sarawak ngan muka sembab dia ka?
Atau orang Sarawak dah takut tengok duit?
Kempen Pilihanraya Negeri Sarawak dah masuk hari yang keempat. Bahang kian terasa dan gelombang kebangkitan rakyat ke arah perubahan kini semakin tiba. Ternyata rakyat Sarawak sudah tidak mahu lagi dijadikan "talian hayat BN" buat selama-lamanya.
Mereka sudah mencongak harapan baru untuk kehidupan yang lebih aman, selesa, adil dan berkebajikan. Semua itu mungkin tidak akan diperolehi selagi Sarawak diperintah oleh Barisan Nasional. Tambah parah lagi, bila Ketua Menteri "Taib Mahmud" yang susah sewajarnya mengundur diri itu tiba-tiba masih lagi mahu meneruskan cengkaman kuasanya.
Sebab tu Taib Mahmud tak turun adalah liabiliti BN dan advantage kat PR. Senario ini amat dibenci oleh rakyat sekarang, ditambah pula dengan tempoh pemerintahan Taib Mahmud yang sudah melebihi 30 tahun itu.
Cabaran Kit Siang agar Taib Mahmud yang didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat!.
"Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Rakyat Sarawak seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi dalam hal ini. Kerajaan UMNO BN perlu ditumbangkan segera jika mereka mahu melihat nasib anak cucu dan generasi akan datang lebih terbela.
Sikap pemimpin BN yang mula membawa projek "mee segera" ke Sarawak sekarang ini jelas membuktikan mereka telah dinafikan hak pembangunan sejak sekian lama. Maka itu rakyat perlu faham dan bijak menilai. Semakin banyak kemewahan yang dilambakkan jelas sebagai bukti bahawa selama ini mereka memang tidak pedulikan nasib rakyat itu sendiri. Oleh itu, langkah terbaik ialah membuat perubahan segera untuk masa depan.
Sumber: shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.