Anwar Optimis BN Bakal Tumbang Pada Pilihan Raya 16 April-SIBU 4 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat negeri Sarawak sama ada Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Orang Ulu, Dayak dan sebagainya bersatu hati menentang pemerintahan korup UMNO BN dinegeri itu.
Anwar menegaskan perubahan tidak akan berlaku jika hanya didominasi oleh satu bangsa atau suku kaum sahaja.
"Kita tidak boleh berjaya jika satu kaum sahaja berkuasa. Orang Melayu, Melanau, Cina, Iban, Kedayan, Orang Ulu semuanya mesti berkerjasama sebagai satu keluarga besar yang berkasih sayang dan saling hormat mengharmoti. Baru apa yang kita citakan akan berjaya," tambah beliau.
Anwar menzahirkan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat mampu menawan Sarawak berikutan rakyat negeri itu sudah muak diperkotakkatikkan kerajaan UMNO BN selama lebih 50 tahun.
Justeru, Anwar menyeru rakyat negeri ini agar memberikan mandat kepada gagasan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negeri itu.
"Sarawak sudah bersedia untuk berubah. Yang boleh buat perubahan hanyalah rakyat bukannya pemimpin korup Barisan Nasional. Saya menyeru pengundi muda terutamanya supaya memahami hakikat perubahan yang bakal berlaku dan lakukan perubahan ini dengan rasa hati dan semangat demi negeri, tanah dan hak kita," tegas Anwar yang berucap dengan penuh kesungguhan.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Parti Keadilan Rakyat Cabang Betong malam tadi yang dihadiri lebih 300 orang.
Dalam pada itu, Anwar turut mengkritik tindakan kerajaan persekutuan yang seolah- olah tidak punya pendirian yang tetap berhubung penarikan balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu yang diedar di negara ini.
Sebelum ini kitab tersebut ditahan dan tidak dibenarkan untuk diedarkan di negara ini.
"Apa nak gaduh-gaduh. Kita mesti saling hormati menghormati antara satu salam lain. Jadi orang yang baik bukannya rompak tanah orang, curi balak, ambil rasuah, Islam jenis apa ini? Kalau BN tidak boleh urus isu agama kita mesti bagi kuasa perintah ini kepada pihak yang tahu mengurusnya (Pakatan Rakyat), " jelas beliau lagi.
Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab tersebut.
Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.
Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang.
Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu.
Posted by PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.