Najib terpaksa berkampung di Sarawak meninggalkan intan payung sendiri kat Sri Perdana. Najib datang bukan berseorangan malah beliau membawa bersama satu angkatan perang sehinggakan kat Malaysia Barat hanya tinggal timbalan-timbalan menteri sahaja menjalankan tugas.
Malah berita terbaru laman Sarawak Report (laman anti Taib) tidak dapat diekses kerana telah digodam. Dalam masa yang sama, Taib banyak menjawab isu-isu yang dibangkitkan dilaman-laman web. Mungkin kerana tidak ingin bertembung dengan Sarawak Report maka laman itu telah diserang agar suara beliau sahaja yang patut didengar.
Seperti biasa SPR (komponen BN) telah memainkan peranan yang cukup aktif membantu Taib agar dapat mengekalkan kuasanya. Taib merayu agar warga Sarawak terus memberi undi kepada beliau supaya lebih banyak lagi kekayaan akan dikaut oleh beliau, keluarga dan kroni-kroninya.
Bagi warga Sarawak, inilah masa terbaik untuk menghukum BN setelah sembilan penggal memerintah. Apa perubahan yang telah dilakukan oleh BN kepada rakyat Sarawak, melainkan jurang kehidupan semakin ketara. Para pemimpin BN telah menbina empayar masing-masing sedangkan rakyat Sarawak sendiri hidup seperti peminta sedekah di negeri sendiri.
Setelah sembilan penggal di bawah BN, rakyat Sarawak patut mencuba kelaianan dengar menyingkir Taib dan koncu-koncunya. Saya pasti rakyat Sarawak akan terkejut bagaimana kayanya Taib dan keluarganya setelah menjadi KM Sarawak selama 30 tahun kerana perkara ini akan didedahkan oleh Pakatan jika berjaya memerintah.
Ianya akan berlaku sekiranya Taib dapat disingkirkan tetapi jumlah kekayaan Taib tidak akan diketahui andainya rakyat Sarawak masih memberi mandat kepada beliau.
musafirlalu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.