Seorang petugas PAS Johor, Hod Abu Siraj berkata BN Dun Tanjung Datu mula tergugat dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat apabila ceramah PAS mendapat sambutan yang hebat.
"Pada malam hari penamaan calon petugas Unit Peti Undi Kampung Tanah Hitam menganjurkan ceramah kelompak dirumah sewa petugas Johor."
"Ceramah yang disampaikan Dr Hata Ramli dan calon sendiri mendapat sambutan dari penduduk kampung, mereka ingin mendengar penerangan daripada pemimpin Pas." kata Hod.
Hod berkata keesokan harinya azab bermula dimana petugas Johor dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa beliau mendapat ugutan melampau daripada pihak tetentu membuatkan beliau terpaksa meminta kami berpindah pada petang itu juga.
"Akhirnya kami terpaksa ikut kehendak tuan rumah kerana kasihan kepada tuan rumah terpaksa akur dengan ugutan BN"
"Kami seterusnya berpindah ke sebuah rumah baru yang kami sewa, rupa-rupanya kami menerima nasib yang sama dihalau oleh tuan rumah juga atas alasan yang sama dia diugut oleh BN" kata Hod.
Sementara itu petugas PAS Negeri Pahang yang bertugas di Peti Undi Negeri Pahang terletak di Pekan Lundu telah didatangi oleh sekumpulan Gangster Cina yang meminta wang perlindungan.
Polis yang sampai selepas dihubungi tidak dapat berbuat apa-apa terhadap samseng tersebut di mana samseng masih berada disitu dan tidak berganjak dan tidak langsung takut kepada Polis. Mereka tetap minta wang perlindungan dan Polis tidak dapat berbuat apa-apa.
MUTALIGAT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.