Beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi didakwa cuba mencetuskan provokasi di dalam kawasan 50 meter tempat mengundi pada jam 11 pagi.
Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong BN dan PKR enggan keluar dari kawasan berkenaan walaupun diarahkan oleh polis supaya beredar.
Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan.
Kira-kira sejam kemudian, pihak polis berjaya meleraikan pertikaman lidah membabitkan penyokong kedua-dua parti.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan kewajipan sebagai pengundi di pusat undi yang ini pada jam 11.25 pagi.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari.
Dicatat Oleh Jalan Pulang pada jam 2:35 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.