Followers

Wednesday, April 13, 2011

Orang besar terlibat kematian allahyarham Sarbini?

Macam yang semua orang tau, Rabu lepas berlaku satu lagi kejutan yang menyayat hati dan diseliputi misteri, satu lagi kematian berlaku di pejabat SPRM.

Belum lagi misteri kematian Teo Beng Hock terungkai, kali ni Ahmad Sarbini Mohamad, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia pulak meninggal di pejabat SPRM, juga jatuh dari tingkap.

SPRM dilaporkan awal-awal lagi keluarkan kenyataan kata Sarbini bunuh diri. Semua orang terkejut. Keluarga dia langsung tak percaya. Takkan Sarbini yang tak lama lagi nak pencen sanggup bunuh diri.

Kawan-kawan dia dan rakan setugas langsung tak percaya yang dia bunuh diri. Dia dikategorikan sebagai orang yang baik, tak banyak cakap dan taat kepada suruhan agama.

Peniaga yang buat bisness forwarding yang biasa berurusan dengan allahyarham pun tak percaya dia bunuh diri pasai depa kenai dia sebagai orang yang baik dan alim.

Semalam keluarga allahyarham serahkan bukti yang katanya boleh bantu polis kenalpasti punca kematian dia.
MalaysianInsider melaporkan:



IPOH, 12 April – Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut.

“Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini,” kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini.

“Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri.

Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja. - TMI

Dalam pada tu, Kesatuan Kakitangan Kastam yang sangat tak puashati dengan tindakan SPRM dalam kes rasuah ke atas kakitangan kastam tarutama sekali sampai Sarbini meninggal di pejabat SPRM kendur sikit semalam.

Malaysian Insider melaporkan:

PUTRAJAYA, 12 April – Pegawai-pegawai Kastam mengambil pendirian kelihatan mengalah dalam kontroversi berkaitan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed - hari ini mereka bersetuju dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membiarkan siasatan dijalankan tanpa sebarang gangguan.

Pada satu sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, biar polis dan siasatan dalamannya “meneruskan siasatan secara profesional.”

“Kami semua bersetuju agar pihak berkuasa melakukan kerja mereka dan mencari kebenaran,” kata beliau pada sidang media bersama Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad.

Ibrahim berkata pihaknya berpuas hati dengan mesyuarat itu selepas SPRM “membersihkan kami daripada dakwaan (punca kepada kehilangan hasil negara RM108 bilion, yang kini membersihkan nama kami.”

Angka itu merujuk kepada jumlah besar wang yang dikaitkan dengan Operasi 3B, di mana turut disiasat ialah Ahmad Sarbaini, penolong pengarah kastam dari Selangor.

Jumaat lalu, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga berkata pihaknya mahu SPRM membersihkan nama Ahmad Sarbaini (gambar) ketika banyak pihak mengaitkan kes itu dengan tindakan membunuh diri. - TMI

Andaian aku, allahyarham Sarbini adalah saksi utama dalam kes "kehilangan hasil negara RM108 bilion".

Mungkin dia simpan banyak bukti pasai kse tu dan mungkin dia dah bocorkan rahsia tu.

Jadinya pihak-pihak yang terlibat tentu tak puashati dengan dia dan aku yakin ada yang mau dia mati untuk tutup penglibatan depa dalam kes besar tu.

Kalau kes kematian allahyarham Sarbini terus jadi misteri macam kes kematian Altantuya Saaribu, kemungkinan besar ada pimpinan tertinggi negara dan pegawai kerajaan peringkat tinggi yang terlibat secara langsung dalam kes "kehilangan hasil negara RM108 billion" tu dan secara tak langsung terlibat dalam kes kematian allahyarham Sarbini.

Cenangau Daunkari

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/04/orang-besar-terlibat-kematian.html#ixzz1JNfMRvQF

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.