Menurut laporan Bernama yang memetik Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin berkata pihak tentera sedang menyiasat penglibatan pegawai itu.
"Maklumat yang disampaikan pegawai tersebut kepada penulis blog Raja Petra Kamarudin adalah palsu dan maklumat itu tidak pernah wujud dalam simpanan pihak tentera," katanya.
Menurut Azizan siasatan pihak tentera mendapati bahawa tindakan pegawai itu melibatkan diri dengan seorang pemimpin pembangkang adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan ATM.
Beliau berkata siasatan terhadap dakwaan oleh Raja Petra yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dan sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.
"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," kata Azizan.
Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat.
Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.
Beliau berkata kenyataan bersumpahnya sebelum ini hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.
Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, Raja Petra berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu beliau mendedahkanya.
Raja Petra semalam dalam blognya berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.
sumber: sedaka sejahtera
salam,
ReplyDeleteni semua dah dirancang. takkan atm ambil masa bertahun2 nak siasat azmi? kenapa baru sekarang, sedangkan sd itu sudah lama? kenapa tak siasat selepas sahaja sd itu didedahkan? something fishy.
"penglibatan azmi dengan ketua pembangkang bersifat peribadi". azmi orang nombor DUA dalam perisikan tentera. takkan koman "bersifat peribadi"?
Mereka merancang untuk menjatuhkan DS Anwar bersama Pakatan Rakyat dengan mengunakan wawancara RPK yang dirakam 2 bulan lalu di Australia. Allah Maha Besar, lain yang ditembak lain pulak yang kena."
ReplyDeleteRakyat yang hampir lupa dengan kes Altantuya.. kini kembali segar dan bugar..diatas KEBODOHAN MEREKA SENDIRI. Senjata Makan Tuan !!
Itulah .. kalau org dah bersalah dan terlibat, lari ke mana, cilok ke mana pun akhirnya pekung akan terbongkar. Dia nak tutup bangkai gajah yg telah mereput? tidak semudah itu.. Pujian juga kepada RPK kerana menyegarkan kembali jenayah ini. Siapa yg terlibat dan memberi arahan akan kita semua ketahui.
ReplyDeletedanisanin