Persoalannya bukan berapa puluh bilion ringgit. Persoalannya apakah Sarawak sudah tidak lagi berada di tangga tercorot sebagai salah satu negeri termiskin di Malaysia setelah 48tahun BN memrintah??
Kalau dah kasik berpuluh bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan, habis ngapa Sarawak masih berada di tempat tercorot?? Tambah pulak tu.... sudah 48 tahun BN memerintah Sarawak. Aha.... ini menunjukkan, there must be something wrong dengan kpemerintahan kerajaan BN.
Well... itu tak buat aku terkejut, sebab BN memang parti yang mengamalkan rasuah. Dunia akui ini. Top in the chart antara negara paling banyak mengamalkan rasuah. Duit tak sampai pada rakyat miskin. Duit tiris dan mengalir masuk dalam poket para pemimpin BN dan koncu-koncu mereka. Macam mana kehidupan rakyat Sarawak nak naik taraf. Yang kaya raya.... pemimpin BN, yang ternganga, terkedip-kedip bijik mata, rakyat marhaen Sarawak.
Muhyiddin patut berasa malu, sebab setelah 48 tahun memerintah Sarawak... mereka GAGAL untuk membasmi kemiskinan di sana. Eleh... kadar kemiskinan naik sikit bukanlah satu kejayaan yang boleh dibanggakan, jika dibandingakan dengan berpuluh billion ringgit yang dicurahkan dan setelah 48 tahun mereka telah memerintah Sarawak. Hello... you people FAILED in Sarawak.
Usah jadi bodoh ler dengan meminta Pakatan Rakyat menyediakan RM 10 bilion di Sarawak untuk membasmi kemiskinan di sana. Apasal pulak Pakatan Rakyat mesti letak RM10 bilion. Kamu orang kerajaan yang memerintah Sarawak.... itu sudah menjadi tanggung jawab kamu ler sebagai kerajaan untuk melakukannya., Kamu nak curahkan berapa banyak bilion pun, kamu punya sukalah.... tapi orang nak tengok hasilnya. Orang nak tengok Sarawak tidak lagi berada di kedudukan tercorot sebagai negeri termiskin di Malaysia. Ada paham??
Nampak gayanya.... RM10 bilion yang ditaburkan di sana, sia-sia saja, sebab... Sarawak, setelah 48 tahun di bawah BN memerintah, masih kekal di tangga ke dua negeri termiskin di Malaysia.
Aaaa... kalau nak tengok keberkesanan dan bertapa efisyennya Pakatan Rakyat memerintah, mentadbir dan mengurus kewangan untuk pembangunan serta pembasmian kemiskinan di Sarawak.... bagi kami kemenangan percuma dalam PRN kali ini.
Kita tengok apa dan bagaimana Pakatan Rakyat akan buat untuk merealisasikan janji-janjinya. Bagi kami perintah selama.... satu penggal jer, cukup ler. BN boleh buat deal dengan PR. Kalau PR gagal melaksanakan janji-janjinya... ambil balik Sarawak. After that, let the Sarawakians decide, siapa yang mereka mahu sebagai kerajaan.
Amacam?? Ada berani?? Kalau setakat mencabar tetapi tak beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kemampuan mereka, tak adil ler. Kalau kamu boleh mencabar Pakatan Rakyat.... Pakatan Rakyat pun boleh mencabar kamu. Amacam??
Kalau setakat pandai mencabar jer.... tak hebat ler. Orang penakut jer yang talk big macam tu.
Well.... apa nak dikatakan, itulah trade mark para pemimpin BN. They just TALK BIG tapi sebenarnya.... takder telor, haparak dan habuk pun tarak!!
Posted by A Mum Of Three Mohd
Berpuluh billion telah diberi kat Sarawak tapi orangnya maseh miskin,ramai cari kerja kat KL .Semestinya sudah kaya beb.Bagi projek kontrakter dapat untong, buat jalan kontraktor dapat untong.
ReplyDelete