Followers

Monday, April 4, 2011

Gelaran "THE THREE STOOGES" Akan Diganti Kepada "TIGA BUDAK BOTAK" - cucupakkasim

Mula-mula mereka menyangka dengan menyebarkan video aksi seks itu sekurang-kurangnya mereka telah berjaya memporak perandakan Pakatan Rakyat dan melemahkan Anwar, namun takdir telah mengatasi segalanya bila Anwar bukan nya telah lemah tetapi kekuatan nya dan Pakatan Rakyat telah berganda-ganda.

BN dan UMNO tanpa mereka sedari sebenarnya sedang melalui satu landasan yang akan terus menyungkurkan mereka jika mereka terus menerus membiarkan Datuk T ini yang di ketuai olih thambi ini memainkan isu Anwar dan video aksi seks itu. 

Tindakan dari 'trio' ini juga sama ada mereka sedar atau tidak secara tak langsung telah menyebabkan BN/UMNO akan tergadai bila mereka telah mempertaruhkan video aksi seks ini sebagai satu bahan atau isu dalam kempen mereka untuk mempertahankan majoriti dua per tiga pada pilihanraya umum yang dah semakin dekat ini.

Semasa kunjungan Najib ke Penang kelmarin, ramai ketua-ketua umno yang sama-sama tumpang menyibukan diri mereka dalam sembang-sembang kosong sesama mereka telah berkata yang tindakan thambi ini bukan lah membantu BN/UMNO tetapi lebih kepada menjahanamkanya. 'KERONYEH' kata orang Penang. Thambi punya angkara mereka dan UMNO yang hari-hari kena maki. Pada hal mereka langsung tak tau apa-apa benda pun. Ketua-ketua UMNO ini juga berdebar-debar menunggu akan kesudahan cerita tentang video aksi seks ini.

Kalau 'thambi and the gang' ini ingat yang mereka boleh jadi hero atau penyelamat UMNO bila berjaya mendedahkan video aksi seks ini, 'in your dream' lah kata gurkah-gurkah politik di'port'. Tanya lah kepada siapa pun, kebanyakan 'Malaysians' tidak percaya langsung yang Anwar adalah watak dalam video itu malahan mereka telah berkata yang video itu orang putih kata 'gutter-politics', atau lebih kurang politik sundal.

dollah yankee -gurkah-gurkah politik di'port' nampak yang 'trio' ini kalau tak jadi 'the Three Stooges', mereka akan jadi '3 budak botak'...Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.