Berita pasal rpk neh adalah berita yang no 1. Tv3 cakap wartawan mereka pergi australia untuk menemui rpk. Pelik. Tv3 pun pandai cari rpk. Macam mana musa hasan ex-kp gagal cari rpk dulu? Heh.
Tajuknya pula "rpk tidak pernah mengaitkan najib dan rosmah dalam pembunuhan altantuya". Pergh. Tajuk cun. Tapi sapa yang taktahu? Sapa pula yang sangka bahawa rpk tuduh najib dan rosmah bunuh altantuya? Persepsi sendiri? Dah banyak kali rpk tulis dalam blognya bahawa ada 3 individu yang cari dia dan menceritakan semua hal ini. 3 individu yang kisahkan hal neh kpd rpk tv3 taknak siarkan pula nama2nya. Tapi takpe dalam blog rpk ada. Boleh baca sendiri.
Apa yang rpk cakap dalam tv3 tadi betul lah. Dia buat SD dan minta pihak2 yg berkaitan pergi siasat individu2 yang berkenaan. Pergi panggil nama2 yang dia sebutkan dalam SD. Dan tanya mereka sendiri berkaitan isu neh. Kenapa nama2 itu tidak membuat SD sendiri?
RPK dah jelaskan banyak kali dalam blog dia. 3 individu ini datang kpd rpk untuk ceritakan hal ini agar rpk boleh tulis dalam blog dia dan bagitau kepada public. Bila ianya kecoh maka mereka akan tampil menjadi saksi kpd rpk. Malangnya bila rpk kena tahan, mereka bertiga neh tak muncul pula.
Di tv3 tadi juga rpk memberikan kenyataan selain daripada dia, individu2 ini juga tampil berjumpa dsai, din merican dan john phang.
Sebelum rpk buat keputusan utk mempercayai individu2 ini, dia pernah minta pandangan dari dsai. Individu2 ini juga pernah bertemu dsai dan menceritakan hal neh kpd dsai. Dan dsai memberitahu kpd rpk bahawa mereka2 ini blh dipercayai sbb mereka2 ini pernah bertemu dsai beberapa kali dan memberitahu dsai perkara yg sama mereka beritahu kpd rpk.
TV3 sunting video interview dgn rpk utk kepentingan sendiri. Mereka cuba membuat persepsi kpd penonton kononnya dsai yang ada kaitan dengan tuduhan najib dan rosmah ada kaitan dengan pembunuhan altantuya. Padahal dsai pun taktahu apa2. Dia pun didekati oleh 3 individu2 ini yang sampai sekarang satu haramjadah pdrm nak siasat ataupun ambil keterangan2 mereka.
Dan rpk juga membuat pengakuan bahawa dia tak percaya kalau rosmah sendiri bunuh altantuya. Takanlah rosmah sanggup naik bukit tengah2 malam, masuk hutan semata2 nak bunuh org? Cerita neh dia rasa tak betul.
Mmg betul kata2 rpk. Takan rosmah nak pergi letupkan sendiri pula? Selepas itu paparan video tamat. Walaupun video terbabit disunting dan disiarkan separuh2 aku masih faham sbb aku tahu perjalanan cerita yang sebenarnya. Tak mudah tv3 tipu aku. Tapi mmg mudah tv3 tipu org yang taktahu apa2. Ini rugi. RPk masuk tv di saat2 pakatan ada harapan besar di sarawak.
Ini adalah salah satu strategi bn untuk mempengaruhi minda pengundi sarawak. Umum tahu yang sarawak bergantung penuh pada media arus perdana. Sedikit sebanyak ini akan memberikan kesan kepada mereka2 yang kurang informasi mengenai taktik2 licik bn.
Sambungan interview tv3-rpk akan disambung bahagian kedua malam esok. Kalau kita perhatikan semalam malaysiakini tidak blh di akses. Tapi hari neh malaysiakini sudah blh di akses. Semua tahu malaysiakini siapa yang punya.
Jika malaysiakini ditekan adakah ini akan mempengaruhi rpk? Aku bukan tuduh rpk. Aku harap rpk faham. Samada dia dipaksa untuk memberikan kerjasama dalam interview tersebut ataupun dalam keadaan rela, dia kena berikan fakta.
Namun aku mesti puji rpk sbb dia memang memberikan fakta yg benar.
Apa yang dia cakap dalam blog sama macam yang dia cakap kt tv. Bezanya di blog tiada suntingan, potongan ataupun suara dihilangkan. Di tv3 tadi ada. Ini akan menimbulkan persepsi negatif bagi mereka yang tidak tahu. Ini akan membentuk jalan cerita yang baru. Sudah tentu media umno akan mengatakan bahawa rpk berpaling tadah dari pr.
Aku jelas kenapa umno siarkan interview tadi. Ini kerana umno tahu mereka parah di sarawak. Kekuasaan bn di sarawak harus dipertahankan ataupun bn hilang kuasa di malaysia. Ini saat2 getir buat mereka. Bagi pakatan, menang ialah bonus, kalah boleh cuba lagi. Tapi tidak bagi bn.
Kalau mereka kalah kali neh, mereka akan masuk penjara. Mereka, pemimpin2 yg makan wang rakyat tidak akan dilepaskan oleh rakyat meskipun mungkin kepimpinan pakatan rakyat akan bertolenrasi dengan mereka. Jika itu yang pr buat, maka dengan pr2 sekali akan masuk penjara. Yang buat jenayah kena, yang subahat juga tidak akan terlepas.
Ameno : Silap2 rpk + dsai + din merican = diperdayakan oleh orang lain utk jatuhkan paklah. Maksudnya dipergunakanlah utk kepentingan diri sendiri.
sumber:Ameno World
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.