Followers

Friday, April 15, 2011

Bencana kepada Anwar, jika BN tewas di Sarawak! tokpepijat

IGP Mael semakin lincah dan galak meneruskan "permainan" video lucah ciptaan Rahim dan Gengnya.

Sebelum ini, beliau membuat kenyataan bahawa video itu "sahih".

Hari ini dengan bantuan media barua UMNO, IGP Mael mengeluarkan lagi kenyataannya tentang "mengenal pasti" pelakonnya pula.

Satu demi satu, IGP Mael mengeluarkan kenyataan. Beliau bakal mengeluarkan kenyataan lagi minggu depan.

"Permainan" ini bakal berakhir selepas Pilihanraya Sarawak.

Agaknya apa pula kenyataannya selepas ini. Barangkali kenyataannya nanti bergantung kepada keputusan pilihanraya Sarawak.

Adakah jika BN tumbang, pelakonnya "sudah pasti" Anwar. Jika BN menang, Rahim dan Gengnya akan ditahan?

Rakyat masih tertunggu-tunggu, bilakah Rahim dan Gengnya akan ditangkap oleh anak buah IGP Mael kerana miliki dan menyiarkan video lucah.

Apa yang pasti imej IGP Mael sudah sama taraf dengan mantan IGP Musa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.