Sebaliknya dua anggota polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar disabit membunuh Altantuya dan dihukum gantung. Bekas penasihat kepada Najib, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu walaubagaimana pun dilepaskan. " Siasatan ini harus dibuat dengan lebih terperinci.
Tidak seharusnya selesai dengan hanya tindakan yang diambil terhadap Sirul dan Azilah, tetapi satu suruhanjaya yang lebih jelas untuk menyiasat perkara ini lebih terperinci bagaimana penglibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya," tambahnya. Fariz berkata menambah, sebuah RCI boleh merungkai persoalan siapa yang memberi arahan untuk anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh Altantuya menggunakan bomb C4.
Justeru Azizan menjelaskan kenyataan Azmi itu bersifat peribadi dan palsu. Azmi kini digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan bersabit dakwaan RPK itu. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin hari ini menafikan pegawai ATM terbabit, Kolonel Azmi Zainal Abidin mempunyai laporan risikan mengenai pembunuhan Altantuya yang melibatkan Rosmah.
" Semestinya rakyat akan lebih keliru dengan perkara-perkara yang berlaku sejak akhir ini. Bagi saya satu suruhanjaya yang profesional dan telus harus dibentuk dengan segera bagi menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi Tv Selangor petang tadi. " Kita melihat percanggahan itu yang menimbulkan persepsi dan persoalan sehingga sekarang tidak dapat dijawab dengan begitu terperinci, tetapi banyak kenyataan lain yang keluar.
Fariz Musa menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu perlu kerana terlalu banyak percanggahan fakta sehingga mengelirukan masyarakat di negara ini. Kenyataan bersumpah (SD) itu dibuat pada Jun 2008 dan Raja Petra mengutarakannya dalam wawancara yang disiarkan oleh Tv3 dua hari lalu.
Raja Petra membuat pengakuan bersumpah memperolehi maklumat bahawa seorang pegawai kanan risikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai laporan mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hadir di tempat Altantuya mati di bom pada Oktober 2006.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan memberitahu mahkamah mereka dijadikan "kambing hitam' oleh pihak yang mendalangi pembunuhan itu.
sumber: TVS News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.