Followers

Friday, March 4, 2011

Zahid Digesa Perjelas Peningkatan Undi Pos Secara Mendadak ??


Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dituntut memberikan penjelasan berhubung peningkatan bilangan undi pos secara mendadak di kalangan askar dan askar laut atau NAVY.
 

Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata pihaknya telah mengajukan persoalan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR, namun badan yang kononnya berkecuali itu menjawab ia mungkin kerana kesedaran untuk mengundi di kalangan isteri-isteri askar.

Bagaimanapun, jawapan itu dilihat rapuh apabila hasil semakan yang dibuat mendapati, borong permohonan pendaftaran pos telah diisi menggunakan cetakan komputer dan bukannya tulisan tangan pemohon.

”Cara masuk undi pos juga tidak serupa dengan apa yang mereka kata. Harap Menteri Pertahanan boleh jawab.

" Bagaimana proses pendaftaran pengundi pos ini untuk mereka kerana borang A-SPR yang hantar dari kem bukan ditulis sendiri tetapi sudah disiap cetak dan ada satu tandatangan sahaja. Hal ini mendatangkan tanda tanya bagaimana isteri-isteri askar mahu menjadi pengundi pos secara tiba-tiba sahaja dan semua dokumen siap sekaligus," soal Ming Kai.

Justeru, beliau menggesa agar Zahid Hamidi menjawab persoalan ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang membelit kreadibiliti undi pos itu sendiri.

”Pengundi pos tidak serupa dengan pengundi biasa di mana boleh pergi pejabat pos untuk daftar atau agen agen biasa. Pengundi pos cuma hantar melalui kem. jawapan mereka tidak tepat,"tambah beliau lagi. 

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.