-Ketua PKR Cabang Temerloh,Ahmad Nizam Hamid
2. Kira-kira jam 3.30 pagi tadi, lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS di Kampung Desa Murni dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan.Provokasi tersebut diketuai sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said.
“Masa itu kami dalam khemah cuma ada 15 orang dan tidak melayan provokasi tersebut kerana jika melawan mungkin mereka akan gunakan sebagai kempen di media kononnya PAS ganas, walaupun mereka yang memulakan.Tak cukup dengan itu,kami syak beberapa orang anggota polis berulang kali mengambil gambar juga untuk tujuan mengugut sebab ada antara kami yang berkerja sebagai kaki tangan awam.Manakala yang lain menaikkan berdera BN di hadapan bendera PAS,”
-Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh,Fairus Hisyam Nordin
3. "PAS ingin melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang banner,bendera dan billboard parti yang dipasang oleh petugas petugas parti disekitar kawasan PRK Kerdau ini.Kita telah membuat aduan kepada pihak berwajib terhadap perkara ini.Bahkan yang mendukacitakan kami pada pagi ini baru sahaja setengah jam siap dipasang,sudah hilang terus."
-Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Itu sekelumit dari perbuatan tidak bertamadun Penyangak UMNO,benar kata pepatah "bapak borek,anak rintik".Dalam masa pemimpim perompak mereka kesana kemari menjual janji berjuta ringgit khas untuk PRK,anak buah pula buat kerja sumbang untuk takutkan PR dan seterusnya menakutkan rakyat untuk tidak mengundi PR.Ancaman demi ancaman ini sentiasa berlaku.Dibelasah kiri dan kanan,siang serta malam.Apalagi yang tidak cukup?
Serangan melalui TV = YA!
Serangan melalui akhbar = YA!
Serangan melalui internet = YA!
Serangan dengan kekerasan = YA!
Serangan gambar palsu = YA!
Melalui salahguna institusi kehakiman = YA!
Melalui salahguna agensi kerajaan lain= YA!
Yang tidak ialah satu iaitu kita TIDAK dibenarkan menjawab dan membela diri.Kita sudah terbukti salah dan wajar dihukum sebelum dibukti bersalah.Itu untuk kita.Dasar kerajaan yang bersifat bolak balik adalah mengambil kira keadaan semasa. Gunanya bagi terus mengekalkan survival gila UMNO dan BARISAN NASIONAL. Rakyat menjadi bahan ujikaji untuk dieksploitasi apabila perlu.Cuba lihat apa TV (propaganda UMNO) cuba ajarkan kepada semua.Guna sensitiviti kaum dan agama secara fleksibel,yang akhirnya kelebihan berpihak kepada pemerintah zalim untuk meneruskan kezaliman melalui tindakan dan dasar yang lansung tidak memberi kesan baik kepada rakyat terbanyak.Kita secara tidak sedar telah memasuki satu rantaian kitaran yang direka.
Saya menyokong tulisan Wfauzudin NS dalam blog beliau yang mana mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap yang lebih terkehadapan bila berhadapan dengan situasi genting dan dinamakan Unit Gerak Jihad.Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Sudah tentu mereka mesti terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah.
Memetik respon pertama pembaca sebagai berikut,
"Cadangan yang sangat perlu dan baik diamana kini parti sekutu APCO sudah ada samseng tiga calit,Geng kepala-kepala lembu songkok tinggi yang ganas,PERKOSA dikepalai raja katak juga geng-geng mamak, kerana selama ini parti Islam dilihat sangat lembut dalam menghadapi samseng-samseng upahan parti arus jahiliah sekutu UPCO yang menang dilindungi!"
-sb
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.