Followers

Monday, March 28, 2011

YB Azmin: Menteri Dalam Negeri celaru dan sasau ?

KUALA LUMPUR: “Menteri Dalam Negeri dah celaru dan sasau,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Demikian respon beliau dalam twitternya pagi ini berhubung kesalahan tarikh yang tertera dalam notis arahan supaya beliau memberikan keterangan kepada polis.

“Saya terima Notis Seksyen 111 (Kanun Prosedur Jenayah) dari ASP Annas Sulaiman yang mengarahkan saya hadir di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Ampang jam 10 pagi ini. (Namun) Tiada alasan diberikan.

“(Bagaimanapun) Notis Seksyen 111  yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011,” lapor Azmin.

Kira-kira jam 11.30 malam tadi, sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak di Taman

Tunku Abdul Razak  (TAR), Ampang. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.

Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.

Kehadiran polis itu  dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, kelmarin.

Pagi ini, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Perbahasan bermula. Saya mengambil tempat pertama menjunjung kasih di atas Titah Tuanku Sultan. Bersedia bahas isu rakyat Selangor,” lapor Azmin lagi dalam twitternya pagi tadi.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/28/2011 10:09:00 AM 0 comments
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

POLITIK 

Aduhai Sepucuk surat notis 8 bulan awai boleh pie hantaq dengan 3 kereta polis...

oleh AnakKedah007



Apabila buat kerja kalut maka beginilah jadinya... habih jentera kerajaan dan intitusi polis di gelakkan oleh rakyat jelata....entah lah sampai bila rakyat negara ini akan jadi tak cerdik macam nie...

cuba tengok isu AZMIN ALI nie..awat laa nak serah sepucuk surat sampai kena pie 3 biji kereta polis... awat AZMIN tu penjenayah botak cin kaa sampai diperlakukan sebegitu sekali... suruh saja budak pejabat tu pie hantaq pon boleh....

dan pagi nie kena gelak lagi bila hantaq surat tarikh 26 November 2011.. kira notis 8 bulan awai...jadi dok pie pulon bagi buat apa tengah2 malam esok pagi pon boleh baginya..entahlaaa rakyat Malaysia oii..sampai bila hangpa nak tengok benda2 macam nie berlaku.....

3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"

Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.

*Chan Wei See 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/28/2011 10:03:00 AM 0 comments

Menteri Dalam Negeri yang serba tak tahu.
YB Azmin Ali
Twitter YB Azmin Ali pagi ini.
Latheefa Koya - Peguam Dalam Keadilan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.