Followers

Sunday, March 27, 2011

Wan Azizah : Saya Tidak Pernah Kesal Bersuamikan Anwar

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

“Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu,” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata:

“Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh. “Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada,” kata beliau. “Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan.

Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran. Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.

Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno. Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga “Datuk T” membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung. Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa. “Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal,” kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.

“Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini. “Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.

Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

TVS News
#foto2 dibawah ehsan dari ZAKRI ALI RANGKUTI

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara, sokongan rakyat tidak pernah pudar terhadap beliau, semakin hari semakin ramai penyokong dan pendokong.
Dugaan Allah SWT yang ditempuhi dengan TABAH dan SABAR menjadikan MEREKA Pemimpin Negara.
Kezaliman UMNO membuat DS Anwar belasah oleh Rahim Noor 1998.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.