Followers

Thursday, March 3, 2011

Tolak pemimpin Cuai, mudah ‘Tertipu’ dan Menipu !!


 
Kata DS Wan Azizah pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus ditolak berikutan tiada jaminan mereka tidak akan cuai dan terus ‘tertipu’ hingga membawa kerugian berbilion ringgit wang rakyat.

Aku tambah sikit.. sebenarnya bukan saja Pemimpin yang Cuai, mudah Tertipu malah pemimpin yang menipu juga harus ditolak sama sekali..


Tolak pemimpin cuai dan mudah ‘tertipu’ – Presiden KEADILAN
KUALA LUMPUR: Pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus ditolak berikutan tiada jaminan mereka tidak akan cuai dan terus ‘tertipu’ hingga membawa kerugian berbilion ringgit wang rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, berkata, semua pihak bertanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

“Rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Pada 28 Februari lalu, Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Wan Azizah berkata, kelemahan pentadbiran Umno BN tergambar dengan jelas dalam pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

“Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah, isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir.

“Kebanyakan dari mereka yang ‘tertipu’ masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

“Tidak mungkin rakyat membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera,” katanya sambil menyatakan, senario itu menimbulkan persoalan mendalam.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, rakyat berpeluang memiliki kerajaan yang adil dan mengamal tatakelola yang baik dengan memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“PRU 13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.



Keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.