Lucu tengok isu ni. Dulu isu Kalimah Allah, punyalah heboh hanya kerana sepatah perkataan nama "Allah" dijadikan isu nasional. Kononnya kerana bimbang orang Islam terpesong akidah, sehinggakan Perdana Menteri pun menyuruh orang-orang Islam berdemonstrasi di jalanraya.
Tapi isu kali ini bukan sahaja sepatah kalimah "Allah" malah lebih dari itu satu buku penuh Bible diterbitkan dalam Bahasa Melayu mengapa tiada lagi demonstrasi macam dulu-dulu? Demonstrasi dulu-dulu tu gimik ajelah ye?
Oh dulu sengaja nak buat kecoh, biar jadi perang antara agama, biar orang Islam dan orang Kristian bergaduh, berbunuh-bunuhan dan bermandi darah supaya boleh istiharkan undang-undang darurat. Lepas darurat, boleh tawan semula negeri-negeri yang kena rampas.
Isu agama, dan isu bangsa dua perkara ini menjadi alat paling ampuh dan berkesan kepada ahli politik untuk mengekalkan kuasa. Satu dunia kalau kita tengok orang bergaduh, berbalah dan berbunuhan kerana dua perkara ini. Pandai mainkan isu ini, maka anda pasti berkuasa.
ReJaM© "Isu rumahtangga, jadi isu kampung, isu kampung jadi isu negara"
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/penganut-kristian-minta-najib-tahan.html#ixzz1H38sxcUA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.