Followers

Thursday, March 31, 2011

PANAS!! EKSKLUSIF!! Kejahatan Taib Mahmud Dilindungi Dengan Me-RASUAH!!

BAGAIMANA TAIB MEMBALAS BUDI RAKAN-RAKAN POLITIKNYA!

Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan?

Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan.

Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama!

Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti!

Naroden Majais

Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka!

Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007.

Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram.

Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta.

Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!

Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu.

Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching.

Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden.

Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong!

Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd!

Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!

Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah ‘dirundingkan’ oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam ‘usahasama’, di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya.

Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama.

Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu.

Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat ‘dividen’ sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu?

Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?

WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd.

WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd.

Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing!

Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations.

Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu!

Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais.

Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri.

Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak!

Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?!

Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu.

Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!

Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri?

Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya?

Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib.

Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini (sila lihat entri bahasa Inggeris).

Dicatat Oleh Jalan Pulang

TAIB MAHMUD KM Sarawak selama 30 tahun.
Data terkini daripada carian pejabat tanah. Perhatikan nama

Kong Goon Siong, dia sebenarnya adalah proksi Naroden Majais!!
Naroden Majais, sekarang menjadi "tauke"

ladang kelapa sawit!! Dari mana datangnya

semua ini?? Langit?? Contohnya Naroden Majais.

Secerah mentari!! Terpampang nama asal dalam carian pejabat tanah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.