Followers

Tuesday, March 29, 2011

NAZRI AZIZ AKAN PERTAHANKAN RAHIM TAMBY CHIK ??

Memang tidak salah dan tidak sukar rakyat Malaysia menduga bahawa Umno memang terlibat dalam menghasilkan video lucah untuk memburuk-burukkkan dan memalukan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga hari ini Umno/BN dan polis lebih berminat untuk menggunakan segala kepakaran yang ada untuk mengesahkan dalam video itu adalah Anwar berbanding mengheret penyebar fitnah dan penyiar video lucah. 

Maka tak pelik Yury KRU yang merupakan ahli pemuda Umno antara yang dilantik sebagai 'suruhanjaya bebas' untuk mengesahkan ketulenan video tersebut.Skripnya hampir sama dengan Cerita Liwat 1 dan Liwat 2.

Hari ini, konspirasi Umno melalui menteri menjaga undang-undang makin terserlah apabila berkata bahawa Rahim Tamby Chik yang menjadi ketua geng Datuk 'T'emberang boleh dilindungi undang-undang kata menteri berkenaan. 

Hebatkan? lepas ni makin berkembang dan meriahlah industri video seks di Malaysia kerana mereka juga boleh dilindungi undang-undang. Cuma sebelum menyiarkan apa-apa video lucah niat kena ikhlas dan jujur macam Rahim Tamby Chik!

sumber: angkasanuri.blogspot.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.