Followers

Wednesday, March 2, 2011

Dr Lo'Lo' : Menteri Digesa Tarik Balik Akta Kampung Baru Ditulis oleh Hafezan

 

SHAH ALAM 2 MAC : Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali meminta Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menunaikan janjinya dengan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dalam sidang dewan rakyat dan tidak sekadar membuat kenyataan akhbar mengenainya.

Ketika dihubungi TV Selangor hari ini beliau berkata kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu di luar dewan rakyat untuk menangguhkan pembentangannya dari bulan Mac ke Jun depan mungkin hanya boleh dianggap sebagai sedap didengar tetapi tiada kepastian ia akan ditunaikan.

Apa yang perlu katanya Raja Nong Chik mesti menunaikan janji yang dibuat dengan membuat kenyataan ketika sidang dewan rakyat yang akan berlangsung nanti.

"Memang ini adalah hasrat daripada orang kampung baru sendiri iaitu mereka mahukan rang undang-undang yang mereka lihat begitu apa ni seperti dipaksakan kepada mereka ditarik balik sepenuhnya," katanya.

Jelasnya, rang undang-undang yang dicadangkan sememangnya tidak dipersetujui kebanyakan penduduk Kampung Baru.

 "Dan kita minta supaya Raja Nong Chik tidak membuat penyataan di luar tetapi menarik balik apa tu RUU tu dalam di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 7 Mac ini," ujarnya.

Ini kerana tambahnya, Raja Nong Chik telah membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Parlimen semasa sesi yang baru berakhir pada hujung tahun lalu maka beliau harus membuat kenyataan menariknya untuk bacaan seterusnya.

Dr Lo' Lo' juga menjelaskan majoriti penduduk Kampung Baru tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan kerajaan pusat apabila banyak penduduk menaikkan kain rentang membantah cadangan itu.Malah katanya boleh dikatakan hampir sembilan puluh peratus penduduk di situ tidak bersetuju dengan cadangan itu.

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.