Followers

Saturday, March 26, 2011

Bekas SB pun mengaku imej Polis merudum !!

Memang dinegara kita ni camni dah budaya dia, masa dok atas depa tak nampak apa yang dibawah tapi akan nampak banyak yang tak kena bila ada dibawah. Masa dalam kerajaan, tak nampak apa yang kerajaan buat tu salah, tapi akan jelas terpandang bila dah tak berjawatan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi. Bagi aku walaupun terlambat, aku terima gak la pasai memang ni budaya Malaysia, lambat nampak. Nafsu jadi lemah bila dok dalam perkhidmatan kerajaan... kahkahkah...

Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus.

Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu.
sumber: shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.