Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pembela untuk mengadakan bicara dalam perbicaraan dan menurut peguambela, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes liwat terhadapnya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan ia didengar pada jam 2.30 petang esok.
Malaysiakini akan meneruskan liputan langsung bicara dalam perbicaraan berhubung kesahihan tiga item yang pihak pendakwa mahu kemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini - botol air, tuala tangan dan berus gigi.
Ini merupakan kali pertama Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan ini, yang kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu. Beliau dijangka memberi keterangan atas asas bahawa penangkapannya adalah tidak sah.
Ketika membenarkan bicara dalam perbicaraan itu, Hakim Zabidin berkata, pada umumnya, mahkamah tidak memberi tumpuan kepada bagaimana bukti diperolehi.
Tetapi, katanya, mahkamah mempunyai kuasa untuk menolaknya jika terdapat tuduhan yang ia diperolehi secara yang tidak betul dan tidak adil.
Katanya, satu-satu cara untuk menentukannya ialah melalui bicara dalam perbicaraan.
Sebelum itu, Hakim Zabidin mendengar hujah pihak pembela dan pembangkang selama 70 minit berhubung perkara itu.
Katanya, beliau membenarkan permohonan pihak pembela, dan bicara dalam perbicaraan akan diadakan esok.
Bicara dalam perbicaraan itu dilihat sebagai saat penting dalam perbicaraan liwat 11 ini kerana penerimaan atau penolakan bahan bukti tersebut boleh memberi kesan terhadap kes pihak pendakwa.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.