Followers

Monday, March 28, 2011

Adab Muslim : Apabila datang kepada kamu seorang fasik.... Oleh: matuting

Al-Quran sebagai petunjuk orang-orang beriman dan bertakwa."Terlalu banyak isu sekarang ini sehingga memeningkan kepala bagi sesiapa yang mengikutinya. Di sebalik isu, terdapat berbagai-bagai pendapat. Tentu sahaja penerimaan masyarakat juga berbeza, ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya.  

Kalau setakat berita tentang hal-hal yang berlaku setiap hari seperti kemalangan jalanraya atau berita sukan, mungkin perasaan ingin tahu tidak begitu mendalam kecuali bagi mereka yang betul-betul meminati.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut membicarakan isu yang dimaksudkan tetapi sekadar untuk mengajak pembaca kembali kepada beberapa adab kita sebagai seorang Islam apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini. Akan tetapi, yang menjadi tarikan seluruh masyarakat Malaysia atau mungkin juga seluruh masyarakat dunia adalah tertumpu kepada suatu berita yang mengandungi seribu keaiban yang memalukan untuk didengar dan tidak patut diperkatakan lebih-lebih lagi melibatkan moral serta maruah individu.

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah 2:1-5)

2. Kembali kepada petunjuk al-Quran

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
(Al-Israa' 17:97)

3. Menyelidiki 'sumber' berita.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)

4. Memahami Qazaf (menuduh zina) dan peranan kita sebagai seorang Islam yang taat.

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir. (Sumber Buku : Qazaf: Mangsa Fitnah)

Firman Allah dalam surah An-Nur

15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

(An-Nuur 24:15)

20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

(An-Nuur

24:20)
Insya Allah. Allah telah menetapkan peraturan yang jelas dalam perkara ini untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah. 

Penutup

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.