Anwar cuba dapat suaka politik?
MERLIMAU: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Ern mengdogaaku bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah tinggal di kediaman duta Turki ke Malaysia serta cuba mendapatkan suaka (perlindungan) politik di negara itu.
Perkara itu didedahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika program ceramah di Merlimau Pasir malam tadi.
Menurut Zahid, melalui kata-kata Erdogan itu beliau melakukan siasatan dan mendapati wujud arahan untuk melindungi Anwar atas dasar ‘simpati’.
Sedangkan Zahid mendakwa, Anwar membohongi kepimpinan tertinggi Turki itu dengan kes liwat membabitkan pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Anwar turut memberitahu kerajaan Turki bahawa kes liwat dihadapinya kini hanya ulangan kes seperti yang berlaku pada tahun 1998.
Namun melalui pertemuannya bersama Menteri Luar Turki Dr Ahmet Dovutoglu yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pula mendedahkan perkara sebaliknya.
“Pertemuan saya bersama Perdana Menteri Turki baru-baru ini, beliau akui Turki memberi sokongan moral kepada seorang tokoh pembangkang. Beliau kata Anwar pernah mahu terbang ke Turki dan pernah duduk di kediaman duta beliau ke Malaysia.
“Allah Maha adil…ketika satu majlis makan malam saya duduk sebelah Menteri Luar Turki dan tanya adakah Anwar kawan beliau?
“Dia kata ya, saya tanya selalu hubungi Anwar? Beliau kata ya tapi sekarang tidak selalu dan kali terakhir berhubung setengah tahun yang lalu. Tapi Anwar kata tiap-tiap bulan beliau hubungi Menteri Luar tersebut,” kata Zahid.
Kira-kira 150 penyokong hadir di ceramah itu yang turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan,Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail.
Pada 2008, Anwar dipercayai berlindung di Kedutaan Turki selepas dituduh meliwat Saiful dan mendakwa mendapatkan perlindungan di situ.
Menurut Anwar, beliau mendapat maklumat daripada sumber kerajaan dan risikan kononnya Barisan Nasional (BN) merancang untuk mencedera atau mungkin membunuhnya serta mencederakan ahli keluarga atau penyokongnya.
Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata kes yang dihadapi Anwar kini bukan kes lama sebaliknya ia gangguan seksual yang dibuat ke atas seorang pekerja.
“Saya terangkan ini kes baru bukan kes lama, Najib juga tiada hasrat untuk aniaya Anwar. Ini kes yang beliau buat sendiri, yang melapor adalah Saiful bukan Saiful yang diarahkan…..dia (Saiful) jadi imam, Anwar Ibrahim jadi makmum,” katanya.
Free Malaysiatoday
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.