"Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abd Halim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh petang tadi berkaitan risalah propaganda berbau hasutan yang dipercayai diedarkan oleh petugas Barisan Nasional kepada pengundi di DUN Kerdau.
Hashim Abdullah (kanan) Pengarah Penerangan PAS Pahang bersama Aris Faizul Ismail(Exco Dewan Pemuda PAS Pahang(Kiri) mengiringi Shahril Azman di Balai Polis Temerloh
Risalah yang memuatkan ulasan terhadap janji Pakatan Rakyat Dalam Tempoh 100 hari itu penuh dengan penyelewengan fakta,mengandungi hasutan untuk menakut nakutkan pengundi daripada mengundi calon PAS.
Shahril yang diiringi Exco Pemuda PAS Pahang,Aris Faizul Ismail menyelar tindakan dayus Umno yang tidak berani berdebat secara terbuka berkenaan janji Pakatan Rakyat tetapi cuba memutar belit fakta yang sebenar.
Dalam sidang media beliau selepas membuat laporan polis,beliau turut mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan propaganda jahat yang dibuat oleh Umno dalam pilihanraya ini termasuk risalah risalah yang diedarkan dengan menggunakan logo parti parti Pakatan Rakyat.
Lagi info PRK Kerdau di blog Tukul Besi "
dengan cara kotor je mereka ni mampu menang...hopefully xde yang terpengaruh dgn propaganda jahat umno ni...
ReplyDeleteSaturday, February 26, 2011PAS Tak Beritahu Ahlinya Calon Mereka Tu Calon Reject.
ReplyDeleteAku sampai di kerdau jam 4 petang semalam, dalam pada aku jalan-jalan pi tengok pusat pengundian dan tempat penamaan calon, aku ada la sembang-sembang dengan penduduk di kawsan mengundi tu, ada seorang pak cik ni kata kat aku, "pas ni tak ada calon lain ke ? calon dah kena reject dua kali pun dia letak lagi jadi calon, macam la tak ada calon lain". malah ada seorang ahli pas bila aku tanya macam mana dengan calon mereka tu, orang pas tu jawab " ishh... calon kami ok tak ada masaalah" tapi bila aku kata kat mamat pas tu, calon pas tu pernah kalah dua pilihanraya dia terkedu...
Maknanya pas tak pernah cerita yang calonnya tu calon recycle "calon kitar semula". kenapa pas tak cerita pada penyokongnya? lagi satu banyak orang tanya, kenapa pas tak cari calon lain untuk bertanding di situ, sedangkan sebelum ni, pas cukup kuat pukul canang kata mereka tidak ketandusan calon berwibawa, tapi di kerdau ni calon reject dua kali juga yang di letaknya.
Posted by det at 11:44 AM
Kalau betul lah begitu, nampaknya PAS nie tidak mahu berlajar dari kesilapan dulu. Susah lah macam nie kalau nak PAS GANTU UMNO...
ReplyDelete