Followers

Sunday, February 6, 2011

PKR: PAJUDIN TAK TAHAN LASAK?- kiriman : Ismaily Bungsu, KK Sabah.

http://www.youtube.com/watch?v=RDM8ae3ylcs

SAYA dan Presiden PKR (Dr Wan Azizah), Dato Sri Anwar juga Awang Tangah duduk di suatu bilik dan ketika itulah bermula saya dilantik ke jawatan Ketua Penerangan PKR Sabah dan saya katakan bahawa saya hanya membantu buat sementara sebab masih memeggang jawatan penting di Kerajaan.

Bila saya meninggalkan jawatan penting di kerajaan, maka barulah saya menerima offer itu yang saya duduki lebih dua tahun dan ketika itu menyertaan rakyat di PKR cukup lembab.

Akibat lembab hasil kesinambungan PPN sebelumnya dan kami berunding sama untuk memujuk Dr Jeffrey masuk ke dalam dan jelas usaha itu berjaya dan sekaligus ramailah KDM menyertai PKR an kemasukan penyerahan borang masuk beramai-ramai diadakan di Tambunan.

dan saya semula berfikir untuk maksud pemimpin KDM menduduki kerusi perhubungan dan kesanya sdra Kanul memeggang jawatan Setiausaha dan kerusi yang saya duduki saya lepaskan dan diduduki oleh dr. Edwin Bosi yang berjaya saya pujuk masuk sama ke PKR.

Sebelumnya saya membawa tiga orang yang TOP untuk ketemu PPN di hotel sutera dekat sembulan dan saya bisikkan kepada PPN/Awang Tangah supaya ketiga ini dilantik mengetuai Ketua bahagian Sipangar, Ketua Bahagian Papar dan Kinabatangan/Tawau dan jelas berjaya. Nah, sejak itu PKR semakin mantap dan hebat.

Tetapi menjelang pilihanraya mood semacam kurang bila Awang Tangah diganti dengan PPN baru dan bermula krisis yang tidak begitu ketara dan ini cukup merunsingkan dan dalam diam saya jadi serbasalah, tetapi terus menghormati keputusan Presiden sebab itu termaktub dalam perlembagaan yang presiden berkuasa penuh untuk melantik sesiapa saja meski syaratnya berunding dengan ketua bahagian dan istilah berunding itu bisa ditafsirkan kuasa masih di tangan Presiden.

Krisis itu tidaklah terlalu berat dan memang kerusi PPN menjadi rebutan dan bila pemilihan baru peringkat pusat Dr Jeffery tidak lagi menduduki kerusi Naib Presiden dan kuasa Sabah dan Sarawak akibat kononnya terlibat menubuhkan parti baru, maka bermula lagi krisis baru bila Dr Jeffery meningalkan PKR dan ini cukup memberikan kesan yang mendalam dan bagi saya PKR kehilangan permata yang cukup berharga.

Meski Dr Jeffery selalu melompat parti, tetap cara lompatannya bukan untuk kepentingan diri, Cuma barangkali keinginannya yang nyata ialah mahu menduduki ketua parti dan itu saya tafsir dan setakat ini belum berjaya dan bagi saya Dr Jeffery cukup baik/baik bukan kerana kepimpinannya tetapi kerana bijaknya dia mencari isu untuk diketengahkan dan bisa merunsingkan pemerintah dan ini cukup bagus dan tidak ada dalam otak pemikiran pemimpin Sabah yang lain sebagai pembangkang.

Barangkali itu bisa saja diselesaikan dan tiba-tiba dalam keadaan masalah yang belum selesai, Presiden pula melantik PPN baru dan PPN lama diganti atas alasan yang lain seperti saya bincangkan dengan presiden melalui telefon bulan lalu ketika presiden menelefon saya sendiri dan itu sudah saya berikan alasan kenapa saya tidak bersetuju dengan agumentasi yang jelas.

Presiden yang menelefon saya memberi alasan yang dia mahu yang muda dan oleh sebab kuasa itu di tangan presiden mengikut perlembagaan perkara 6/kalau tak silap, maka saya akur sambil memperkatakan akan ada krisis baru lagi.

Memang dalam perlembagaan cukup jelas bahawa Presiden berkuasa melantik siapa saja yang dia mahu menduduki kerusi PPN dan ada syaratnya mesti berunding dengan Ketua2 Cabang di Sabah.

Perlembagaan itu saya tafsir meski berunding, presiden tidak semestinya akur kuasa majoriti Ketua-ketua Cabang, tetapi bagi saya persetujuan secara majoriti lebih baik dituruti agar tidak menimbulkan masalah.

Bila krisis berlaku, maka presiden mengsms kepada saya dan mengatakan “Siapa yang paling layak jadi PPN?” dan jawaban saya mudah harus kembali kepada perlembagaan yang dipersetujui atau sebaiknya Presiden jadi PPN untuk sementara waktu dan kesannya diadakan mesyuarat dimana 18 ketua cabang bersetuju Presiden memeggang jawatan PPN dan ini juga dipersetujui oleh Biro Politik peringkat Pusat.

Bila Pajudin tidak lagi menjadi Ketua Perhubungan Negeri, maka lagi masalah timbul dan kelmarin diumumkan di rumah Ketua Menteri Sabah yang Pajudin keluar PKR dan menyertai UMNO dan ini suatu yang cukup tidak disenangi sebab orang sendiri masuk ke mulut buaya/Harimau dan saya segera mengsms Presiden tetapi hingga sekarang belum menerima jawaban dan saya sedih sangat.

Kehilangan Pajudin sebenarnya tidak membawa impak yang besar kepada PKR sebab sebelum ini dia hanyalah Timbalan Ketua Pemuda Sabah sahaja disamping dia sendiri tidak punya pengikut yang ramai/barangkali sekitar Tuaran sahaja, tetapi kesannya kebobrokan kepimpinan di Sabah begitu jelas kelihatan di mata rakyat dan ini cukup memberi kesan yang mendalam.

Pajudin tidak bisa disalahkan sebab dia tentu saja merasa malu setelah dilantik, dia tidak mendapat mandat majoriti ketua-ketua cabang di Sabah, tetapi sepatut Pajudin tahu diri bahawa 18 ketua cabang banding hanya 6 menyokong sudah tentu menyebabkan dia tidak bisa menjalankan apa-apa kerja dan biasanya kalau sudah demikian secara tidak langsung dia sendiri meletakkan jawatan.

dan saya kurang pasti apakah dia meletak jawatan atau dengan sendirinya tersingkir dan dalam perkara ini dia tidak sepatut menyalahkan orang lain akibat tiada mandat meski Presiden mahukan dia duduki kerusi tersebut. Kesah ini kita bisa menilai siapa sebenarnya pemimpin yang bentul-betul memperjuangkan rakyat. bagus juga bisa menilai peribadi pemimin itu sendiri dan ini merupakan cabaran yang cukup berat.

Nah, barangkali suatu hal yang perlu diingatkan di sini, malah hal ini sudah berulangkali saya jelaskan sebelum menyertai parti PKR harus menghayati perlembagaan itu sendiri dan sebelum bertindak harus melakukan dan menimbang secara berperlembagaan dan presiden sendiri harus melihat ini lebih jauh ke dalam hati rakyat sabah.

Perlembagaan yang dipersetujui oleh semua ahli secara majoriti menyatakan bahawa Presiden berhak melantik siapa saja yang dia mahu nanti menduduki kerusi Ketua Perhubungan Negeri dengan syarat berunding dengan ketua2 Cabang di Sabah

dan sekali lagi saya katakana maksud dengan syarat berunding itu maknanya presiden masih ada kuasa samaada akur terhadap suara majoriti atau tidak dan nasihat saya ialah harus mengikut apa yang disuarakan secara majoriti.

Maknanya kalau 18 cabang telah bersetuju dan yang lain tidak, maka Presiden sebaiknya akur dan ini pernah saya katakan kepada presiden sebelumnya lewat telefon bulan lalu dan katanya akan bertindak dan alhamdulilah dia sendiri yang menduduki kerusi Ketua Perhubungan Sabah untuk meredakan keadaan buat sementara waktu setelah Biro Politik di pusat juga bersetuju Presiden sendiri menduduki kerusi Ketua Perhubungan Negeri Sabah.

Nah, saya rasa yang paling penting bukan Dr Jeffery atau Pajudin yang baru menyertai UMNO akibat tidak tahan menerima tukulan dan yang saya maksudkan di sini ialah semua Ketua2 Cabang harus bergerak dan jangan asyik menunggu arahan dan di bahagian masing-masing harus bijak mendapatkan isu dan memberikan penerangan yang sejelas2nya tentang kebobrokan kepimpinan pemerintah dan ini memang tugas berat yang memerlukan ilmu dan rajin bergerak.

Selamat berjuang dan lawan Tetap lawan selagi waktu mengizinkan dan semuanya terserah kepada Allah untuk menentukan kejayaannya dan yang penting nawaitu itu mesti jelas dan ikhlas demi rakyat sabah keseluruhannya.

ISMAILY BUNGSU
SABAH 

Pemimpin harus berhati wajar. Berani. Tak mudah goyah meski mati.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.