Followers

Tuesday, February 22, 2011

Petisyen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan membekukan aset Taib Mahmud

Rakyat Malaysia dan semua individu terutama penduduk Sarawak yang prihatin digesa untuk menyeru pihak berkuasa bagi menyiasat dan membekukan aset milik Ketua Menteri Sarawak yang dipercayai telah merompak hasil bumi dan pelbagai projek Negeri Sarawak selama memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun.

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

Rakyat Malaysia diminta menandatangani petisyen yang akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Malaysian Anti Corruption Commission (MACC)
Royal Malaysian Police
Asia Pacific Group on Money Laundering
Attorney General's Department, Australia
Australian High Commission, Kuala Lumpur
Asia Pacific Group on Money Laundering,
FBI Seattle Regional Headquarters
US embassy in Malaysia
Financial Transactions and Reports Analysia Centre of Canada (FINTRAC)
Department of Justice, Canada
UK Serious Fraud Office
British High Commission in Malaysia
Joint Financial Intelligence Unit, Hong Kong
Financial Services Commission, British Virgin Islands
Jersey Financial Services Commission, Anti-Money Laundering Unit

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/petisyen-menggesa-pihak-berkuasa.html#ixzz1Ee0UMAn7

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.