Followers

Wednesday, February 2, 2011

Menang di Tenang - UMNO menzalimi rakyat Johor..

Salam Sejahtera,

Aku bercuti sejak hari Sabtu, cadang-cadang tu nak balik ke Johor Bahru pagi Ahad tu, niat nak lalu ikut Segamat menuju ke Labis, namun nak dijadikan cerita suasana iklim setiap pagi cuaca mendung gelap nak hujan, terpaksa program nak bercuti dibatalkan,, apa tidaknya, bila melihat kawasan Johor Bahru daerah Kangkar Tebrau pun banjir,, beerti rumah arwah mertu ku turut tempias sikit-sikit banjirlah nampaknya..

Apa yang menghairankan sebelum ini, Pengarah kaji cuaca telah mengeluarkan kenyataan ramalan cuaca yang negara kita akan mengalami cuaca panas dan kemarau yang melampau, bagaimana pula hujan dengan lebat, selalunya ramalan dari Kaji Cuaca jarang yang meleset..

Kita imbau kembali apa yang berlaku selepas sahaja penamaan calon di DUN Tenang, betapa celuparnya suara-suara pemimpin parti MCA dan Gerakan mencerca hukum Islam yang diamalkan oleh calon PAS Cikgu Mala, ada Pemimpin UMNO ambik kisah.. malah depa pun sama-sama ikut serta..

Bila Nik Aziz bagi tau mengundi UMNO berdosa,, phurrh ramai lagi yang bersuara, kali ini bukan Cina, bukan Hindu kafir,, tetapi Melayu, Melayu oii, Melayu bangsat tak sedaq ke diri, tak tau hukum agama, nak cakap agama,, bila orang bagi nasihat, menggelupoq terasa, belum lagi mampos..

Dan akibatnya inilah, yang menjadi mangsa rakyat-rakyat jelata, akibat dari kedajalan pemimpin UMNO, juga pengundi-pengundi Melayu dan beragama Islam mengundi calon UMNO...






Tentu nanti yang akan kata aku merapu, memandai mereka cipta,,, aku tak reka... Tok Guru dah nasihat, degil, ketegaq... inilah habuannya..

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

lagi satu amaran Allah !...
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

dan kalau rasa nak lebih mendalam nak tau berdosa ke tidak mengundi clon UMNO hangpa-hangpa pakat baca kat DI SINI ,.

Ustaz Kazim sebut definasi politik dalam satu ceramahnya ialah senang aja.. buat dua benda ,, iaitu buat garisan pangkah,, lima tahun sekali,,, pilihlah kut mana pun, yang penting Melayu bersatu.... tengkorak dia...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.