KUALA LUMPUR 16 FEB : Perbicaraan kes fitnah kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pemeriksaan balas terhadap ketua unit dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan.
Beliau adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Dr Khairul pada Isnin sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Beliau sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pengadu mendakwa beliau dipaksa melakukan seks oral.
Mahkamah dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi, ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.
Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.
Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG
10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong.
Mahkamah berehat seketika.
10.02am: Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.

9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.
"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”
"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' lieat,” kata doktor itu ketika ditanya.
9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.
9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam. Giliran DPP Datuk Nordin Hassan memulakan soal balasnya pula.
Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.
9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.
Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.
Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.

9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.
9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.
Dr Khairul Nizam bersetuju.

9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".
9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.
Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.
Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng, kata Dr Khairul Nizam.

8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang oleh Saiful.
Beliau juga tidak dapat mengingati siapakah yang memberitahunya mengenai mangsa berkenaan yanfg didakwa telah melakukan seks oral.
Katanya, maklumat itu mungkin berpunca daripada temubual dengan mangsa, namun beliau tidak dapat mengingati sama ada DSP Jude merupakan individu yang memaklumkan perkara itu.
Dr Khairul Nizam juga setuju bahawa seks oral berbeza daripada seks melalui anus.
8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.
Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.
Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.
Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.
8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
TVS News/Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.