Untuk yang mengejar mimpi kesultanan Sulu, belajarlah memahami realiti kerajaan feudal kamurang sudah luput tempoh [expired] sejak abad ke-18 lagi.
Juga jangan kata apa-apa tentang Sultan Sulu hendak membela agama Islam. Seorang sultan Sulu, Sultan Azim ud-Din I (memerintah dari 1735-1748 dan 1764-1774) dengan keluarganya sekali sukarela menjadi murtad dan menganut agama kristian. Selepas pembaptisan baginda dikenali sebagai Juan Fernando De Alimuddin dan kekal demikian sehingga akhir hayatnya.
Gadis Lundayeh Ba Kelalan
Kesultanan Brunei sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.
Jadi mengambilkira semua ini, kenapa pula Raja Lun Bawang tidak mungkin wujud?
Tiada tanda kewujudan sekarang bukan bermaksud ia sesuatu yang tidak pernah wujud di muka bumi. Apabila Indonesia merdeka pada tahun 1945 terdapat 42 kerajaan feudal pelbagai saiz besar kecilnya berselerak di seluruh negara mereka. Pada 1947 di India pula, dianggarkan terdapat lebih dari seribu kerajaan monarki . Kerajaan-kerajaan ini tidak diiktiraf wujud di dalam perlembagaan mereka sekarang. Namun begitu keturunan mereka masih boleh dikesan di serata tempat.
Borneo pada masa lalu bukan semundur yang ada pada fikiran kebanyakan orang Malaysia moden. Ia merupakan tempat yang serba mungkin. Merujuk kepada pulau Jawa, dalam peta tua latin Borneo adalah dicartakan sebagai pulau Jawa Besar (Iava Magna) sementara pulau Jawa sebenar disebut sebagai Jawa Kecil.
Lun dayeh, bukan Lun Dayak - pix ralphmag.org
Seorang pakar bahasa profesor James T.Collin mengusulkan bahawa perkembangan bahasa melayu awal sebelum Riau Lingga sebenarnya adalah bermula dari bahagian barat daya pulau Borneo sebelum berkembang ke Sumatera.
Apabila melibatkan Borneo, bingkai kerja dan skop sejarah Malaysia tidak harus hanya berkisar kepada kerajaan dan kesultanan Islam semata-mata. Kerajaan hindu tertua di Indonesia iaitu Kutai Martadipura adalah bertapak di sungai Makaham (muara Kaman), Borneo. Ia dikesan telah wujud pada abad ke 5. Kerajaan Kutai Martadipura ini beserta dengan kerajaan Kutai Kartanegara besar kemungkinan merupakan bapa kepada orang-orang kadayan moden berdasarkan susur galur linguistik yang belum dibuktikan sepenuhnya.
Terdapat lebih dari 20 kerajaan yang pernah bertapak di Borneo, bukan hanya kerajaan Kutai, Brunei dan Banjar.
Penumpuan tamadun Borneo bagaimana pun tertumpu di bahagian selatan pulau dan ini difahami dengan baik oleh pihak belanda. Sebab itulah semasa menandatangani perjanjian persempadanan kekuasaan Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang merupakan asas sempadan moden Indonesia-Malaysia mereka dengan rela hati menyerahkan bahagian pulau yang sekarang dikenali sebagai Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam kepada Inggeris. Kegiatan lanun bermaharaja lela di kawasan ini selain hasil buminya paling kurang berpotensi untuk dijarah.
Pada waktu-waktu yang lebih terkebelakang, pada abad ke 18 orang-orang bugis masuk berkampung di Borneo dan menubuhkan kerajaan Samarinda. Pekerja-pekerja cina juga sempat menubuhkan sebuah republik yang bernama Republik Lanfang di Kalimantan barat dan bertahan selama 107 tahun (1777-1884).
Apa yang membentuk raja dan kerajaan?
Lundayeh -pix vivaborneo.com
Terdapat lima senarai semak (checklist) asas yang menjadikan menjadikan sesebuah kawasan [dipanggil negeri atau negara] dianggap berkerajaan tersendiri dan pemimpinnya dianggap raja yang bertanggungjawab ke atas hidup mati rakyatnya.
Senarai semak yang berkenaan adalah seperti berikut:-
1. Terdapat penduduk yang tertakluk kepada penguasaan seseorang pemimpin.
2. Terdapat pemimpin yang berkuasa ke atas penduduk yang berkenaan. Di zaman dahulu, perkara ini dipanggil sebagai 'daulat'.
3. Pengiktirafan daripada pihak luar yang mengakui kekuasaan pemimpin serta kawasan yang dikuasainya. Pengiktirafan ini dipanggil sebagai kedaulatan. Tetapi ia tidak semestinya merupakan hubungan dan pengiktirafan setara. Contohnya, kerajaan Kelantan dan Kedah adalah diiktraf oleh kerajaan Siam, tetapi mereka harus membayar pengiktirafan ini dalam bentuk ufti tahunan. Jadi pengiktirafan yang dimaksudkan boleh datang dalam bentuk hubungan diplomatik atau pembayaran dan atau penerimaan ufti daripada pihak asing.
4. Sebarang peninggalan yang berbentuk fizikal yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Ini termasuklah seperti istana dan runtuhan bangunan-bangunan yang berkaitan, kubur-kubur dan peralatan kebesaran kerajaan berkenaan. Termasuk juga sebutan dan catatan mengenai kerajaan yang boleh disemak sama ada di kawasan berkenaan atau dari pihak luar.
5. Kelima, peninggalan keturunan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya.
Dari senarai semak di atas, Asoe boleh melepasi perkara 1, 2 dan 5 dengan mudah. Bagaimanapun, jawapan kepada perkara 3 dan 4 hanya akan boleh anda baca diakhir posting ini.
Jika diteliti pada cerita Asoe sebelum ini, terdapat petunjuk yang membolehkan kita membuat anggaran bila ia berlaku. Ada pengelibatan Native Chief (NC) dalam kisah berkenaan. Oleh itu ia adalah pasti berlaku semasa tempoh pemerintahan Rajah Brooke di Sarawak dimana pemerintahannya bermula daripada tahun 1842.
Ini menjadikannya sangat manasabah untuk terjadi. Pada masa itu, kerajaan besar di Borneo yang paling hampir dengan Trusan iaitu kesultanan Brunei sudah hampir-hampir tidak lagi wujud dari peta dunia. Tiada lagi sebarang bentuk kerajaan yang berkesan kecuali ia masih mempunyai raja dan sebuah kampung. Kesultanan Brunei hanya wujud semula serta menjadi kukuh selepas 1905 dengan penemuan telaga minyak di kawasan jajahannya.
Kehancuran kerajaan Brunei bermaksud tiada lagi kerajaan yang boleh bertanggungjawab kepada rakyat walaupun ia terletak tidak terlalu jauh dari pusat pemerintahan Brunei (Jarak Trusan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah 76.1km).

Pada zaman malap ini kesultanan hanya tinggal nama nama tanpa mahkamah, pasukan polis dan sistem pemerintahan yang berkesan. Setiap kelompok masyarakat termasuk lundayeh harus, malah berhak menjaga diri sendiri bagi kelangsungan hidup mereka. Sebab itu bagi penduduk Trusan yang majoritinya orang Lun Bawang, Asoe merupakan raja yang boleh disandarkan. Keadaan sama berlaku di semenanjung pada masa yang hampir sama.
Dek kerana tiada kerajaan yang berkuasa di kawasan Negri Sembilan pekerja-pekerja lombong dari Sumatera telah menjemput Raja Melewar dari negeri asal untuk menjadi raja bagi komuniti mereka. Di Selangor pula, Raja Lumu seorang bugis telah naik takhta untuk memimpin komuniti bugis yang ada di sana sebelum berkembang tumbuh menjadi kesultanan Selangor sekarang ini.
Akan tetapi dianggarkan juga bahawa tempoh jurai pemerintahan keluarga baginda Asoe juga tidak melangkaui sehingga abad ke 20, kerana Brooke pada tahun 1851 menimbulkan kontroversi di England kerana terlalu menindas orang-orang pribumi Sarawak dan rasanya kawasan Trusan sendiri tidak terkecuali dari penjarahan dan petualangannya.
Apabila dicampur tolak 20 tahun sebelum dan selepasnya, dasar penindasan Brooke pada 1851 serta mengambilkira generasi keempat Asoe yang bertebaran di seluruh Malaysia sekarang, adalah dianggarkan bahawa kisah kelahiran Akim anak Asoe ini berlaku di antara tahun 1822- 1862, tidak lebih awal daripada itu.
Jadi berbalik kepada perkara 3. Kerajaan Lun Bawang ini sepatutnya diiktiraf oleh kerajaan Brunei kerana ia merupakan kerajaan yang paling hampir. Tidak kiralah dalam bentuk hubungan diplomatik, pembayaran ufti ataupun peperangan antara keduanya yang akan memberikannya asas kewujudan sebagai kerajaan.

Tetapi ketika itu pengiktirafan berkenaan adalah tidak mungkin berlaku di antara Brunei dan Trusan. Ini kerana pada masa tersebut berlakunya lompang kuasa yang amat ketara (vacuum of power). Kesultanan Brunei yang hebat sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.
Mengenai perkara 4, ia mungkin ada jika kajian yang mendalam dan bersungguh-sungguh dibuat. Setakat ini belum pernah ada usaha yang bersungguh-sungguh dibuat untuk membukukannya.
Raja Asoe memang wujud. Sampai sekarang cerita mengenainya masih sekali sekala diperkatakan orang-orang yang berkenaan baik dari kalangan orang Kadayan dan Lun Bawang di kawasan Sipitang dan Trusan terutamanya bagi yang berumur 40an ke atas. Cuma menjadi semakin kabur kerana hubungan mereka dengan peristiwa ini telah semakin renggang. Perkara yang berlaku di luar negara lebih dikenali berbanding dengan sejarah yang hampir dengan dunia mereka sendiri.
Bersambung. Akan datang: Asoe ~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan 3

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.