Followers

Thursday, January 20, 2011

YB GOBALA TIDAK SABAR LAGI UNTUK DIUPECAT OLEH PKR? - Oleh: WFAUZDIN NS

 
Gobala di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA
  
MENARIK untuk kita memerhatikan tingkah laku YB Gobalakrishnan seorang MP dari PKR yang kununnya hebat dan berani mengkritik Ketua Umum PKR. Berbagai tuduhan sebelum ini beliau lemparkan kepada DS Anwar sehingga ke tahap yang tidak masuk akal langsung iaitu menuduh DS Anwar anti Hindu.

Semalam beliau hadir di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA yang diterajui oleh Dato Zaid Ibrahim sekutu YB Gobala yang sama-sama mahu melihat DS Anwar jatuh di dalam politik. YB Gobala telah ditanya tentang perkembangan politiknya di dalam PKR setelah berbagai kontroversi yang beliau wujudkan di dalam parti. Beliau di dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli PKR dan Anwar Ibrahim tidak boleh memecat beliau.

Kita semua tahu bahawa di dalam PKR kuasa memecat tidak berada di tangan DS Anwar, malahan Presiden Parti sekalipun. Terdapat Jawatankuasa yang dibentuk untuk memecat mana-mana ahli di dalam PKR. Justeru itu, mengapa YB Gobala menyebut DS Anwar tidak boleh memecatnya? Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana YB Gobala ingin menunjukkan keegoaannya.

Kita akan lihat nanti di mana YB Gobala akan melakukan lebih hebat daripada apa yang pernah beliau lakukan kerana teringin sangat untuk ditendang keluar dari PKR. Beliau sedia maklum, di dalam PRU akan datang beliau tidak akan terpilih lagi sebagai calon PKR kerana PKR tidak perlu Wakil Rakyat yang ego sepertinya. Sebab itu, beliau ingin mencari jalan awal untuk melangkah keluar.

Saya berharap PKR tidak lagi memberi muka kepada YB Gobala walau sebanyak mana pun jasanya kepada DS Anwar mahu pun parti. Jangan kerana kesihan kepada beliau atas jasa-jasanya, maka parti terpaksa menanggung biawak hidup. Masih ramai lagi yang berjasa dan ikhlas kepada parti yang boleh menggantikan beliau.


/wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.