Followers

Tuesday, January 18, 2011

UMNO Berusaha Untuk Merampas Selangor Kerana Peti Emas ?

AIR LENDIR WANITA DAN DUIT:CARA UMNO RAMPAS KUASA? BETULE?

Ingatkan kembali kisah legenda seorang penjaga pintu laluan keretapi, seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya-raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi ADUN dan ahli Majlis Perbandaran Klang. Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega pelabuhan Klang yang dananya dikatakan lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas Selangor kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas di sini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana putus duit. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang-lubang kontrak telah tertutup. Duit komisyen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita di pertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen “Tawan Selangor”. Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo gila berkempen ke hulu ke hilir dengan road show mereka. Lepas tiga empat ceramah, tayar pancit, semua 'potong stim'. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu - ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana. Selesai.

Asas dan latar belakang semua ini ekoran kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Najib Razak yang telah berkata: Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh. Justeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat seolah-olah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk menyusahkan ADUN atau ahli-ahli majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik dikatakan telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang ADUN PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor. Tetapi gagal. Akhirnya perangkap siasat pembantu politik telah dijalankan. Semua ini adalah taktik dan strategi untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, menyebar fitnah di sana-sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan dipakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.http://www.malaysiakini.com/columns/153616

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/air-lendir-wanita-dan-duitcara-umno.html#ixzz1BLWuYBJu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.