Followers

Thursday, January 6, 2011

Tak kena bunuh tak bunuh diri,tapi macam mana boleh mati???

Keluarga mahu keputusan inkues Teoh Beng Hock disemak semula

SHAH ALAM 5 Jan. – Keluarga mendiang Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, ia akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini.

“Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

“Persoalan tentang bagaimana Beng Hock mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana Beng Hock tidak cedera ketika beliau ke pejabat SPRM, dan mendiang tidak pernah meninggalkan pejabat SPRM,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Azmil yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh, berkata ia adalah satu keputusan terbuka.

Ibu Beng Hock, Teng Shuw Hor meminta SPRM bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anaknya.

“SPRM yang membawa anak saya pergi sana (pejabat SPRM) dan dia pergi ke sana dalam keadaan baik, tetapi saya mendapat tahu dia telah mati. Oleh itu saya mahukan keadilan dan SPRM perlu memberi penjelasan mengapa anak saya mati,” katanya. – Bernama
………………………
Bukan   disebabkan Teoh cekik lehernya sendiri. tak kena bunuh, tak bunuh diri tapi mangsa telah termati dg sendiri. Keputusannya, cadangan ditutup! itu lah mahkamah Malaysia.
sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.