Followers

Wednesday, January 26, 2011

PANAS!! Mengapa Sarawak Kaya Tapi Rakyatnya Papa Kedana??


 
Kah kah kah...Lihat betul-betul muka malaon ni dengan bini barunya dari negara timur tengah ini...

Malaon ni menjarah kekayaan sejak menjadi Ketua Menteri Sarawak 26 Mac 1981 lagi...

Faktanya, Sarawak ialah negeri paling kaya dari segi hasil buminya di Malaysia...

Ironinya, negeri Bumi Kenyalang ini juga merupakan antara negeri termiskin di negara kita...

Tahun 2009 saja, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi sehingga 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan!

Pelik bukan?? Mengapa??

Kerana Taib Mahmud "merompak" segala hasil mahsulnya dulu!!

Pendek kata, isinya dia sapu dulu, kemudian barulah kuahnya diberi kepada rakyat!

Itupun kalau kuah masih bersisa kah kah kah...

Malaon ni mesti diajar dalam pilihanraya akan datang!!

Kembalikan hak dan kekayaan negeri kepada rakyat!!

Kekayaan Sarawak Tidak Dinikmati Rakyatnya

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian (kanan) mempersoalkan kenyataan Tan Sri Taib Mahmud bahawa gagasan pembangkang iri hati dengan kekayaan negeri itu.

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai Sarawak mengakibatkan banyak pihak berasa dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Baru Bian menjelaskan bahawa kekayaan negeri Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Taib Mahmud dan kroninya sahaja.

"Kalau kita memperkatakan kekayaan, Ketua Menteri dan kroni-kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak," ujar Baru Bian.

Tambah Baru Bian lagi, Laporan Ketua Audit melaporkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan keempat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak, dan jawapannya jelas bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai Ketua Menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran, kerana banyak rasuah dan terbukti dalam laporan Ketua Audit Negara bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

Justeru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung bila-bila masa sahaja.

"Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah 5 tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat Sarawak bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan Barisan Nasional," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.