Followers

Friday, January 21, 2011

P-E-N-D-E-R-H-A-K-A! - derhaka kepada sultan, Sidang DUN, SUK Selangor





Hari ini Noh Omar cuba bermain wayang seperti diberitakan pada muka hadapan Utusan. Katanya:


“Pindaan ini dibuat kerana Menteri Besar tidak ada kuasa dalam melantik SUK. Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui ‘nasihat daripada Menteri Besar’.

Katanya lagi:
“Malah, pindaan ini juga kita dapati merupakan satu kerja yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana peruntukan perlembagaan negeri sedia ada dalam pelantikan SUK tidak membelakangkan kuasa Sultan Selangor. 

Katanya lagi:
“Kita akan hadir dalam sidang DUN nanti kerana Sultan Selangor telah memperkenan dewan ini bersidang mengikut bidang kuasa baginda. Tetapi, perkenan baginda mengadakan sidang itu tidak bermakna baginda setuju dengan pindaan perlembagaan negeri, ia terpulang kepada dewan.”

Orang yang tidak mengikuti isu SUK ini mungkin terpedaya dengan wayang UMCO ini. Walhal pindaan yang bakal dibuat adalah mengembalikan peruntukan yang berkaitan kembali seperti sebelum pindaan tahun 1993. Saya petik sedikit perkara berkaitan seperti yang diulas oleh YB Khalid Samad: 



LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively.

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali. 


Hal ini tidak perlu diulas panjang-panjang kerana isu ini jelas, ADUN UMCO pun tahu tentang pindaan yang bakal dibuat, tetapi bermain wayang di media untuk mengelirukan orang ramai. Tidak timbul isu MB mempunyai kelebihan dalam hal ini kerana pindaan yang bakal dibuat mengembalikan kuasa asal kepada kepada Sultan dan kerajaan negeri seperti sebleum pindaan 1993. Jika pindaan itu memberi kelebihan kepada MB, apa masalahnya kerana yang mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ialah Khalid Ibrahim, bukannya Noh Omar atau Najib. Sudah tentulah Khalid Ibrahim mahu kakitangan awam yang memegang jawatan tertinggi di negeri itu mudah bekerjasama dengannya, tidak meragukan, dan sebagainya.
 
Berdasarkah pengakuan putar belit pemimpin daripada parti yang terkenal dengan pelbagai penderhakaan kepada intitusi raja itu, maka sahlah mereka yang enggan menyokong pindaan itu layak digelar PENDERHAKA!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

sumber: duniacacamarba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.