Followers

Saturday, January 22, 2011

Laknat Allah Untuk Siapa Yang Buat Fitnah Zina !!

  
Bismillahirrahmanirahim..

Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Assalamualaikum dan salam blogger,
 

Isu yang hangat dalam blog-blog di malaysia sehari dua ni tentulah isu pilihanraya kecil DUN Tenang.Setiap hari ada saja isu yang timbul dan disensasikan terutama oleh blog-blog politik.Apa yang saya lihat suasana politik fitnah memfitnah kini sudah menjadi perkara biasa dalam politik Malaysia.Blogger-blogger upahan sanggup buat apa sahaja dan mengikut apa saja kata tuannya walaupun memfitnah sesama Islam dengan tuduhan zina.

Politik fitnah memfitnah adalah politik Abdullah bin Ubai(tokoh munafik zaman rasulullah s.a.w)Sesiapa saja yang mengamalkan politik fitnah tak kira dari parti manasekalipun adalah anak murid Abdullah bin Ubai dan bakal bersamanya di NERAKA.Alangkan buruknya pilihan mereka.

Golongan munafik pernah menuduh Ummu Mukminin, Siti Aisyah berzina dengan seorang sahabat.Betapa hebatnya fitnah itu sehinggakan ada diantara sahabat yang terpengaruh dengan fitnah itu sehingga mencadangkan baginda Rasulullah s.a.w menceraikan Siti Aisyah.

Peristiwa itu berlaku pada Isnin, hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah.Pada waktu itu, Nabi Muhammad saw bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Imam Muslim. menceritakan dalam kitabnya,
Dalam perjalanan pulang ke Madinah selepas peperangan itu, berlaku peristiwa yang menggoncang kerukunan rumah tangga Baginda berpunca daripada tindakan jahat yang dilakukan oleh golongan munafik pimpinan Abdullah Bin Ubai.

Aisyah bersama Rasulullah dan tentera Islam menyertai peperangan Bani al-Mustaliq. Setiap kali Rasulullah keluar berperang, Baginda akan mengundi siapakah di kalangan isteri Baginda yang menyertai peperangan itu. Ketika itu, undian berpihak kepada Aisyah.

Dalam perjalanan pulang,tentera Islam singgah di kawasan perhentian.Pada kesempatan itu, Aisyah keluar untuk beristinjak dan tanpa disedari anting-antingnya jatuh ketika menuju kawasan perkhemahan.Beliau menyedari kehilangan anting-antingnya itu dan kembali ke tempat beliau beristinjak untuk mencarinya.

Selepas menjumpainya, beliau pulang semula ke tapak perkhemahan dan alangkah terkejutnya Aisyah kerana ketika itu, tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu dan meneruskan perjalanan pulang ke Madinah.

Selepas tentera Islam menyedari ketiadaan Aisyah, mereka berpatah semula untuk mendapatkannya. Pada masa sama, Aisyah ditemui oleh sahabat Rasulullah bernama Safwan al-Mu'attal yang juga ketinggalan. Ada riwayat lain menyatakan beliau tertidur.semasa Safwan dan Aisyah memasuki kawasan Madinah pada waktu siang hari, tentu saja mereka diperhatikan orang ramai termasuklah puak munafik pimpinan Abdullah bin Ubai,Dia mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan fitnah bahawa Aisyah berlaku curang dengan Safwan.

Dua orang sahabat Hassan Ibn Thabit dan Hammah Jahsh terpedaya dengan fitnah puak-puak tu.
Dalam keadaan itu , Rasulullah mengisytiharkan Baginda mempercayai isteri dan sahabatnya.Selepas itu Aisyah sakit dan meminta izin Rasulullah untuk pulang ke rumah ayahandanya, Saidina Abu Bakar dan diizinkan Baginda.

Aisyah berdoa semoga Allah semoga Baginda  rasul mengetahui keadaan sebenar.Pada saat itu, Rasulullah berharap turunnya wahyu bagi menenangkan hati dan menghentikan tohmahan orang munafik serta mempertahankan kesucian isteri dan keluarga Baginda.

Selepas menunggu hampir sebulan, akhirnya Allah menurunkan wahyu melalui firman-Nya dalam Surah an-Nur bagi menyatakan Aisyah tidak bersalah.

 “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (iaitu tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka akan  di laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. 

Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” (Surah an-Nur 24: 23-25)

-ijoks2009-
Benarlah firman Allah yang Besar dan Maha Hebat kerajaannya..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.