KLANG, 21 Jan: Sekitar 600 mewakili ketua kampung seluruh Selangor berhimpun di Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Kampung Jawa seusai menunaikan solat Jumaat tadi bagi menyatakan sokongan padu Kebawah Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat itu kemudiannya bergerak ke Istana Alam Shah untuk menyerahkan memorandum taat setia dan menjunjung kasih dalam usaha memertabatkan institusi raja berperlembagaan. Menurut Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, memorandum kepada pihak istana tadi telah diterima oleh salah seorang pegawai peribadi Sultan, Mejar Ramli yang menyambut kehadiran peserta himpunan dengan girang (gambaratas). Turut berada di lstana Alam Shah ketika penyerahan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Wakil Ketua Kampung Seluruh Selangor yang juga Ketua Kampung Bukit Kapar, Haji Shafie Sulaiman. Difahamkan himpunan itu diadakan ekoran sidang Dun Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini dalam usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai kanan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri. Sementara itu, para ADUN Umno dan BN akan menyertai sidang DUN esok tetapi mereka tidak akan menyokong pindaan yang memberikan kembali kuasa Sultan untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri itu. Kuasa Sultan telah diambil alih oleh kerajaan pusat dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu ketika krisis perlembagaan berlaku. Selepas itu, semua kuasa untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan itu adalah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dikuasai oleh kerajaan pusat. Candid : Himpunan Rakyat SelangorSekadar membetul fakta, berita Malaysiakini tidak berapa tepat kerana disini kerana tiada tolak menolak seperti dilapurkan, semuanya tenang dan perbincangan dibuat oleh Azmizam dan khairuddin dengan pihak polis. Polis ramai tapi secara keseluruhan Polis Klang memang OK dan sporting Polis Klang menyediakan 2 buah kenderaan untuk membawa deligasi ke Istana. Tok Ketua Kampung Kapar, YB Dr Rani, Khairuddin lebih selesa berjalan kaki dan menolok menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak Polis Sampai Istana lebih awal kerana naik kenderaan khas Nun hujung sana, merupakan anggota keselamatan yang menumpangkan saya dari masjid ke Istana, dia tau orang tu tak berapa sihat kut. sumber: Harakahdaily Online |
Followers
Friday, January 21, 2011
Ketua kampung serah memo taat Sultan - Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.