Followers

Thursday, January 6, 2011

Kenyataan KSN SAHKAN Sultan Tiada Kuasa Eksekutif Lantik SUK. Apa Perasan Baginda Sultan Membaca Kenyataan Itu?

Ada kalangan kita berasa pelik apabila Setiausaha Sulit Sultan menegaskan  bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif dalam melantik SUK. Kenyataannya ada disiarkan dalam Utusan pada 4 Januari. Saya ulas di sini.

Namun, Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi UMCO Selangor menyatakan perkara sebaliknya di sini.

Bekas Hakim Datuk NH Chan juga berpendapat sedemikian yang boleh anda baca di sini.

Namun, pihak-pihak tertentu masih mencanangkan di media bahawa Sultan mempunyai kuasa tersebut, walhal secara terang-terangan KSN juga menyatakan perkara yang sama yang boleh anda baca di bawah ini. Cuba baca bahagian yang saya hitam dan merahkan dalam kenyataan penuh KSN tersebut. Apakah perasaan Baginda Sultan apabila membaca kenyataan tersebut? Anda baca, anda selami terutamanya berkaitan dengan frasa
"kelaziman dan courtesy". Anda tahu maksud "courtesy"?

Justeru, MB Selangor yang prihatin dengan permasalahan ini, selain menyedari agenda pihak tertentu, mencadangkan agar suatu Sidang DUN Tergempar diadakan untuk mengembalikan kuasa melantik beberapa jawatan penting negeri kepada Baginda Sultan dan MB. Cadangan ini walau bagaimanapun ditentang dan dipandang sinis oleh orang kuat UMCO di Selangor, malah penasihat undang-undang UMCO turut membangkitkan keperluan pindaan itu mendapat persetujuan 2/3 ADUN. Malah, pihak istana melalui Setiausaha Sulit Sultan mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan itu perlu mendapat perkenan Sultan. Soalan saya, adakah Baginda Sultan menolak cadangan untuk mengembalikan kuasa Baginda?

Yang menjadi masalahnya, PR tidak memiliki ADUN 2/3 untuk meluluskan pindaan tersebut. Berdasarkan fakta semasa, DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi, iaitu 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Namun hal itu sebenarnya boleh menjerat BN kerana pindaan yang bakal dibuat ini adalah semata-mata untuk mengembalikan kuasa Sultan yang didakwa oleh MB Selangor telah dirampas daripada Baginda Sultan dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Persoalannya, sanggupkah ADUN BN yang dikatakan begitu prihatin dengan kuasa dan daulat Sultan menolak cadangan pindaan itu? Jika menolak, bukankah itu tanda bahawa mereka sebenarnya menderhaka kepada Sultan?


Jika sidang tergempar itu diadakan, mari kita lihat ADUN mana yang sanggup derhaka kepada Baginda Sultan!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.