Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kepada hadirin bahawa usaha menyatukan dan mengatur aktivis di alam maya akan diteruskan sehinggalah ke pilihanraya umum akan datang bagi menahan serangan pihak lawan yang menggunakan laman web untuk menabur pelbagai fitnah dan dakwaan palsu terhadap PR.
"Keadilan Network ini adalah inisiatif kita nak bina rangkaian di kalangan aktivis-aktivis kita di dunia maya, dan juga untuk mengatur informasi di internet untuk menghadapi perang informasi," jelas beliau.
'Keadilan Network ini fokusnya kepada pilihanraya umum ke 13, untuk pilihanraya Tenang ini memang ada usaha tetapi matlamat utama kita ialah piliharaya umum ke 13," kata beliau.
Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 aktivis parti serta pengguna Facebook turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty.
Nik Nazmi menjelaskan program sebegini akan turut memuatkan penguna dan aktivis laman maya lain seperti Twitter dan blog-blog lain bagi menyelaraskan gerak kerja antara aktivis-aktivis di alam maya.
"Apa yang kita buat hari ini misalnya lebih kepada rakan-rakan kita di facebook. jadi kita akan buat 'engagement' ini secara berterusan untuk kita selaraskan gerak kerja dan pendekatan kita tetapi perkara ini bukan kita buat sekali sahaja," jelas beliau.
"Apa yang kita buat hari ini misalnya lebih kepada rakan-rakan kita di facebook. jadi kita akan buat 'engagement' ini secara berterusan untuk kita selaraskan gerak kerja dan pendekatan kita tetapi perkara ini bukan kita buat sekali sahaja," jelas beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.