Followers

Wednesday, January 19, 2011

JANGAN CABAR SAYA:NAJIB MEMALUKAN DIRI!!!

 Hari ini, Utusan Malaysia dengan bangganya memaparkan tajuk depan dada akhbarnya seperti di bawah. Tidak akhbar lain. Berita harian memilih sesuatu yang mempunyai nilai berita untuk dijadikan tajuk utamanya.

Adakah Ketua Pengarang Utusan dan Pengarang-Pengarangnya yang lain ada sama di hadapan Najib di Felda Chemplak semalam? Adakah mereka melihat bicara tubuh Najib dan nada suara Najib ketika beliau melafazkan kata-kata itu?
 

Saya ada disitu. Tetapi saya rasa dungu membaca tajuk akhbar Utusan hari ini.
Percayalah, tak ramai yang suka dicabar.
   
Seorang tokoh perfileman Russia, Sergei Eisentein yang terkenal dengan penceritaan menerusi teknik Montage juga tentu terkejut dengan muka depan akhbar utusan. 

Apakah apakah yang terhasil bila kalimah ‘Jangan Cabar Saya’ di letak bersama foto orang ramai sedang mengutip duit syiling ditengah jalan dan gambar seorang wanita jelita meniup angin dari mulutnya seolah memberi isyarat ‘gone with the wind’? Aduhai

http://kickdefella.wordpress.com/2011/01/19/4051/

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/jangan-cabar-sayanajib-memalukan-diri.html#ixzz1BUGOt4FY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.