Followers

Thursday, January 6, 2011

Ikut Jeffrey: 27 ahli PKR dari suku kaum KDM keluar parti


KOTA KINABALU . - Seramai 27 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada suku kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) keluar daripada parti itu hari ini dan lebih ramai anggota akan mengikut jejak mereka.

Mereka menyertai Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, bekas naib presiden PKR yang meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Barisan Borneo Beratu (UBF), bulan lepas.

Kesemua mereka adalah bekas anggota pasukan petugas Kadazandusun Murut PKR. Ketua mereka Daniel John Jambun adalah timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri PKR.

Lebih ramai anggota pasukan petugas itu akan keluar parti, kata Jambun, pada sidang akhbar yang turut dihadiri Jeffrey.

"Kami anggap PKR sudah tidak sesuai lagi dengan agenda sosio ekonomi Sabah dan Sarawak," kata Jambun. - Bernama

3 comments:

  1. Kau ingat kau siapa JAMBAN, bagus lagi keluar awal, kalau manusia yang gilakan kedudukan duduk, dalam PKR, Kalaulah Jefry Kitingan, nak kembalikan hak Rakyat Sabah, bukan sekarang, tapi di waktu PBS, memimpin Sabah, mereka sudah boleh buat, Mereka semua yang keluar PKR, hanyalah cakap tak serupa bikin. untuk pengetahuan, tak ada suku kaum di Sabah yang boleh di gelar Peribumi, kalau nak jumpa yang betul Peribumi di Sabah, saya boleh tunjukkan.

    ReplyDelete
  2. JAMBAN KA JAMBUN ?? Jamban tampat orang BERIAK.. JAMBUN nama penulis atu.. astaga..

    ReplyDelete
  3. Tak tahulah, saya hanya maksudkan kepada orang yang bernama Jambuan, cuma nama singkatnya JAMBAN,orang yang keluar dari Parti PKR, kalau nak keluar sekali pun, jangan burukan Parti, kerana Parti PKR, adalah Parti yang memperjuangkan hak hak Rakyat Malaysia, kalau tak paham erti perjuangan, jangan menyampuk, saudara yang pengomen di atas saya,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.