Followers

Friday, January 28, 2011

Hadiah `Bunga Burung` Tanda Sokong Dan Mohon Sokongan Diberi Kepada Cikgu Nurmala Sudirman Calon Pakatan Rakyat Di Tenang

Tenaga kerja dari Pas Negeri Selangor diberi amanah membantu kempen Pilihanraya Kecil Tenang di bahagian Labis Timur. UPU disini mempunyai 56 lokaliti dengan jumlah 2,000 pengundi. 

Pada petang hari penamaan calon ini, pasukan dari negeri Selangor yang berjumlah 100 orang itu antaranya diarah keluar memasang bendera dan poster di kawasan Labis Timur berkenaan. Manakala sebahagian dari muslimin (10 orang) diminta mengiringi muslimat yang membuat penculaan di kawasan perumahan `Gunung Mas`.

Kumpulan muslimat di sini yang ramai dari Bangi dipecah kepada 2 kumpulan yang setiap kumpulan diiringi beberapa orang muslimin – termasuk dari Bangi bagi menjaga keselamatan mereka. Gunung Mas ialah kawasan perumahan yang dibangunkan sejak 1970an. 

Terdapat di sini lebih kurang 200 buah rumah bungalow setingkat yang tersusun bagai rumah teres. Penghuni.penghuni di sini dari kalangan masyarakat Cina yang agak lanjut usia mereka.

Dari kunjungan yang dilakukan oleh muslimat kami dapati respond yang diberi oleh masyarakat Cina di sini amatlah baik. Setiap penghuni rumah setelah mengetahui kehadiran kami, membuka pintu dan menunggu giliran kami datang mengunjung. 

Bahkan antara mereka seperti Puan Lam Ting Kau bersama anaknya mengiringi kami dan memberitahu nama-nama penghuni dan keperluan-keperluan maklumat diri seperti kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang lain.Kami dapati dalam iringan ini beberapa nama orang tua yang memang telah mengundi di DUN Tenang pada pilihan raya yang lepas, di dapati tiada nama mereka pada senarai yang dikeluarkan. 

Sehubungan itu ada yang menjalankan kempen negative, kononnya dikatakan. ``Orang tua tak perlu mengundi, nama mereka sudah ditiadakan`. Sebab itu orang tua yang tak ada nama dalam senarai, tak perlu keluar mengundi. Ini barang kali kesengajaan musuh dalam gerak sarap mereka, kerana mereka tahu tempat ini kuat dengan penyokong Pakatan Rakyat.

Walau bagaimana di dalam usaha membantu penculaan ini, Tuan Haji Nik Pa bin Nik Leh yang sama mengiring berkesempatan membuat rujukan kepada internet melalui telefon bimbit dan mendapati, nama-nama yang tiada di dalam senarai tertulis ini sebenarnya ada dalam internet, setelah nombor kad pengenalan mereka dirujuk. 

Walau bagaimana. Ini membimbangkan kami, jika ini adalah salah satu tektik pihak musuh agar penyokong-penyokong veteran kuat di sini tidak keluar mengundi. Kami mengingatkan kepada mereka yang nama-nama mereka tiada di dalam senarai supaya keluar mengundi pada 30 Januari nanti, kerana nama mereka ada di dalam internet.

Hubungan kami dengan masyarakat Tionghua di sini, walaupun dalam masa yang singkat segera mesra. Sambutan demikian adalah di luar jangkaan kami. Pada petang itu dengan pencula yang dipecah kepada dua kumpulan itu dapat mencula lebih kurang 50 buah rumah. 

Pada rumah terakhir kami diperkenalkan oleh Tuan Rumah dengan sejenis pokok bunga yang dikenali dengan `Bunga Burung`. Dinamakan `Bunga Burung` kerana pada setiap kelopak bunga yang berkembang seolah-olah seekor burung sedang hinggap bagi menghisap madu bunga. 

Dengan banyaknya bunga yang berkembang kelihatan banyak burung-burung yang hinggap menghisap madu. Kami diberitahu oleh Puan Lam Ting Kau yang terus mengiring kami dengan anaknya dan Tuan Rumah pemilik pokok bunga itu, bahawa pokok bunga itu dibawa dari Indonesia. 

Ianya mudah ditanam dengan memotong bahagian pokok dan boleh disemai dan mudah hidup. Pokok yang sedang berbunga dalam pasu adalah salah satu daripadanya di samping beberapa daripadanya disemai di dalam bekas semaian plastic hitam.

Apabila kami mau berpisah untuk pulang ke penginapan. Tuan rumah berkenaan mau menghadiahkan pokok yang sudah besar dan berbunga itu kepada kami, menandakan

`Sokong Untuk Kemenangan` dan meminta yang lain juga beri sokongan untuk kemenangan Puan Nurmala Sudirman. Pemberian yang tak disangka itu kami terima. Mereka juga memberi 6 bekas semaian dalam plastic hitam untuk pencula-pencula yang datang bersama. 

Apabila kami memberi sedikit wang kepada anaknya sebagai terima kasih, mereka menolak secara keras. Menurut mereka, mereka memberi secara ikhlas. Sebagai tanda mesra kami menghadiahkan sekotak limau yang kebetulan kami bawa.

Bila kami pulang ke penginapan, jiran dari kaum Cina di sini juga memperkenalkan Pokok Bunga Burung yang memberi makna pokok ini popular ditanam di sini. Kami dimaklumkan satu pasu yang ditanam pokok ini sebagaimana kami dihadiahkan adalah berharga RM150/=. Kami juga dibawa oleh tuan rumah jiran mengenali berbagai tanaman yang ditanam, kerana rumahnya di bahagian tepi dan mempunyai keluasan tanah untuk bercucuk tanam. 

Mereka juga memetik, sebagaimana kami juga diminta memetik buah Cheng Ko (Markisa) dan memakan di bawah rang pokok berkenaan. Bayangkan mesranya kami dengan masyarakat Tionghua di sini. Kami percaya mereka memberi sokongan padu bagi calon Pakatan Rakyat – Cikgu Nurmala Sudirman.

Dari masyarakat Tionghua di sini kita mendapat sokongan dan kita harap mendapat sokongan dari masyarakat di Tenang bagi mencapai kemenangan – Insya Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.