Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes seorang pegawai kanan Malis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga kakitangan terbabit di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu. Susulan pendedahan tersebut, ramai yang terkeut dan tidak menyangka ianya boleh berlaku. Malah, ramai yang tertanya-tanya siapakan individu terbabit. Kami tidak tergamak untuk mengeluarkan laporan penuh insiden berkenaan, demi menjaga nama baik pegawai kanan terbabit.
Difahamkan beliau telah ditangkap oleh beberapa orang Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika operasi cegah maksiat sedang dijalankan. Berdasarkan kepada rekod semasa, mana-mana pasangan yang ditangkap pasti akan didakwa atas tuduhan berkhalwat. Namun, dalam kes ini secara jelas didapati adanya campurtangan pihak atasan JAIP sendiri yang mahu "membuang kes" tersebut. Malah, terdapat maklumat yang mengatakan, jika kes tidak dibuang sekali pun ia tetap akan ditukar.
Kes khalwat akan dihilangkan, dan pasangan terbabit akan dituduh atas kesalahan berkahwin diluar mukim tanpa kebenaran yang sah. Maknanya, bagi mengelirukan orang ramai maka dibuat skrip agar tangkapan yang berlaku itu bukanlah tangakapan khalwat biasa tetapi kerana kesalahan berkahwin di Thailand (luar mukim). Makanya, pertuduhan juga akan dipinda bagi menjaga nama baik pegawai perkenaan serta imej majikannya sendiri.
Inilah wajar sebenar pasangan yang ditangkap khalwat itu
[Keputusan tersebut jelas sekali melanggar tatasusila dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Bila ia berlaku kepada orang awam biasa, maka mereka akan didakwa atas pertuduhan berkhalwat tetapi sebaliknya bagi mereka yang mempunyai "nama dan kedudukan". Apakah ia adil untuk umat Islam di negeri ini, atau mereka yang pernah ditangkap khalwat oleh pihak yang berkenaan.
Justeru itu, kami dengan ini terpaksa mendedahkan wajah pasangan terbabit sebagaimana yang telah dijanjikan. Demi maruah agama Islam, maka eloklah mereka dikenakan tindakan kerana jelas sekali telah khianat kepada amanah yang telah diberikan. Tindakan tatatertib wajar dikenakan terhadap pihak terbabit jika benar mereka mahu melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini.
Adalah tidak wajar sama sekali, kes seperti ini ditutup atau dipinda hanya kerana individu yang ditangkap merupakan pegawai kanan. Peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa wajar dipatuhi oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan mereka. Jika tidak, sudah pasti undang-undang Islam itu sendiri akan ditertawakan oleh orang bukan Islam.
Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar lebih berhati-hati dan jujur dengan tanggungjawab mereka. Janganlah dek kerana bekerja di jabatan agama maka anda bebas melakukan maksiat sesuka hati. Pegawai seperti ini tidak layak untuk diberi perhatian sebenarnya!].
sumber: pahang daily online
sumber: pahang daily online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.