Followers

Saturday, January 29, 2011

Awas Polis dan JPN berlari sepantas kilat Oleh: tokpepijat


"Apabila isu Anwar dikaitkan dengan bantuan dana dari keluarga Diraja Saudi, sepantas kilat sepupu PMNajib arahkan polis buat siasatan.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini. "Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Manakala tentang isu cuti sakit suami calon PAS di PRK Tenang, TPMMuhyiddin arahkan Pengarah JPN sendiri siasat.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas. "Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.

Yang pasti, jika kes membabitkan pembangkang, PDRM dan JPN akan berlari sepantas kilat menyiasat.

Tetapi "berjalan kura-kura" jika babitkan UMNO."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.