WarkahDaily – Usah buang masa tunggu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan ajakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan debat secara terbuka berkaitan isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa Najib akan memufliskan negara.Semalam, Anwar mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan sikap prejudis Najib terhadap Program 100 Hari PR.
Sebelum itu, Najib cuba memperolokkan rakyat kononnya Program 100 PR itu sebagai pelan populis serta tidak bertanggungjawab dan boleh memufliskan negara.
“Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing, “ cabar Anwar terhadap Najib.
Najib seharusnya menerima cabaran ini dan memberikan fakta serta hujah yang konkrit berkaitan tuduhan melulunya itu.
Tapi sejarah mencatat, ramai pemimpin Umno-BN tidak berani berdepan dengan cabaran pemimpin Pakatan Rakyat. Kebanyakan mereka sekadar berdiam diri dan cuba mengelak untuk berdepan dengan situasi itu.
Mungkin ayat penyelamat daripada dilabel sebagai pengecut, ‘saya tidak mahu layan permintaan pembangkang, buang masa aje, lebih baik saya memberi tumpuan terhadap rintihan rakyat’. Itulah ayat glamour yang selalu dijawab oleh pemimpin Umno-BN yang sememang pengecut berdepan dengan kebenaran dan kenyataan.
Mereka sekadar berani di kandang mereka sendiri, hanya berani melempar tuduhan tapi takut untuk sahut cabaran membentangkan bukti tuduhan yang dibuat. Mereka hanya pandai ‘baling batu, sembunyi tangan’.
Jadi usah buang masa cabar orang yang memang diketahui sebagai pengecut. Sebenarnya boleh dikatakan Najib terperangkap dengan tuduhannya sendiri tanpa memikirkan akibat tuduhan itu. Bila orang dah ajak berdebat, pertahankan tuduhan yang dibuat, mulalah beliau tersipu-sipu untuk mencari alasan untuk menolak cabaran itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.