Baru tengah duduk berehat sambil menonton berita Astro AWANI muncul berita yang memaparkan PM Najib di majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki.
Apabila ditanya tentang cabaran debat Anwar, Najib akhirnya tanpa segan silu rela membiarkan orang ramai melabelkan beliau sebagai "penakut" selepas berdolak-dalik untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang itu berkaitan dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan isu ekonomi yang lain. Kata Najib, "DEBAT TIDAK BERHASIL". Terperincinya Najib memberitahu pemberita, "Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat."
Dalam pada itu, Najib tidak akan menghalang jika ada pihak lain dalam UMNO/kerajaan untuk berdebat dengan Anwar. Berita AWANI kemudiannya menyiarkan kenyataan KJ yang
kelihatan angkuh menyatakan kewajarannya berdebat dengan Anwar.

Nada KJ hari ini jauh berbeza tatkala dia mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan kerusi MP di Rembau baru-baru ini. Sudah bertukar fikirankah KJ?/www.duniacacamarba.blogspot.com
Sebelum itu, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR menyatakan, “Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing."

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.