Followers

Sunday, December 26, 2010

RAKYAT DI NEGERI PAKATAN RAKYAT LEBIH TERBELA - Oleh : KREW SABAHKINI.NET


DI SAAT insan lain sedang bersuka ria menyambut hari Natal, Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman tidak melupakan mereka yang terlantar sakit di hospital. Hari ini, beliau telah melawati pesakit-pesakit di Hospital Tenom. Sambil menziarah, beliau juga tidak lupa memberikan semangat kepada mereka dan berdoa agar mereka cepat sembuh.

Kebanyakan pesakit menyatakan rasa syukur dengan kesudian Ketua Cabang PKR Tenom melawat mereka dan bertanya khabar mereka. Bagi mereka sekurang-kurangnya dalam mereka yang agak kesunyian kerana kebanyakan saudara mara mereka sedang sibuk meraikan hari Natal, masih ada pemimpin yang sudi menjengah dan melenyapkan rasa sunyi mereka.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Cabang Tenom, Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman meminta rakyat Tenom khasnya agar tidak menerima bulat-bulat kenyataan yang salah diberikan oleh Menteri Kerajaan UMNO/BN mengenai APCO.

Menurut beliau lagi, kenyataan yang diwar-warkan melalui media cetak/elektronik adalah tidak benar dan dicipta untuk menutupi kesilapan yang hampir didedahkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.


Sebagai bukti menurut Ketua Cabang PKR Tenom, "Dato' Seri Anwar Ibrahim telah di gantung selama enam bulan semata-mata untuk menghindar dari Ketua Umum PKR itu memperjelaskan isu APCO. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah ‘dihukum’ tanpa diberi kesempatan untuk membela dirinya.

“Di sinilah diperlihatkan dengan sejelas-jelasnya bahawa Kerajaan UMNO/BN mengamalkan sistem pentadbiran secara diktator. Di manakah suara demokrasi rakyat yang kononnya diutamakan oleh Kerajaan UMNO/BN? Rakyat Malaysia kini merasakan hak demokrasi mereka sebagai rakyat telah di cabuli dan ‘dirompak’ daripada mereka," tegas Halik lagi.

Kata Halik, jika dilihat kemudahan-kemudahan yang kini dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Selangor, seperti keluarga yang ditimpa musibah kematian, wang ehsan sebanyak RM2,500 akan di serahkan.

Manakala setiap bayi yang lahir telah disediakan RM100 setiap bulan; setiap pelajar yang baru memasuki universiti akan menerima RM1,000 untuk meringankan beban pelajar serta pelbagai lagi kemudahan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk dinikmati oleh rakyatnya Selangor. Ini patut dicontohi oleh rakyat Sabah dengan tidak mengundi calon calon BN dalam PRU13 yang akan datang.

Tambah Halik lagi, "Kita semua amat maklum dengan ‘sistem diktator’ yang kini di amalkan oleh Kerajaan UMNO/BN, maka segala kebaikan dan kebajikan yang di laksanakan oleh Kerajaan Selangor ditutup serapat-rapatnya dari diberi publisiti kerana UMNO/BN amat takut dan gentar rakyat akan terus ‘berjauh hati’ dengan UMNO/BN, yang akhirnya mengakibatkan suatu ‘kerugian’ yang amat besar UMNO/BN pada PRU13 kelak."

"Oleh yang demikian, untuk menutupi segala keberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat, maka segala tohmahan, cemuhan dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diberikan tekanan dan penindasan," jelas Halik lagi.

Halik membidas kerajaan ekoran kenaikan harga barangan makanan dan minyak. Katanya, di Sabah, sekilo bawang merah berharga RM15 sekilo. Bayangkan, mampukah penduduk kampung mendepani masalah kenaikan harga barang keperluaan asas ini?

“Jangan salahkan penjual kerana mereka memerlukan pengangkutan untuk menghantar barangan, tetapi salahkan Kerajaan UMNO/BN yang sewenang-wenang menaikkan harga minyak petrol tanpa memikirkan bebanan yang bakal terimpak ekoran kenaikan minyak kepada rakyat kampung yang miskin papakedana,” tegas Halik lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.