Followers

Monday, December 20, 2010

PAS Di Iktiraf Sebagai Parti Yang Berdisiplin !!


Konvensyen PR Kebangsaan ke-2, Karpal DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti. Alhamdulillah, tabik 'springgg' tok-tok guru!

Memang setakat ini PAS lebih berdisiplin kerana belum ada yang keluar parti. 'Dolu-dolu' ada yang terlompat juga, alhamdulillah alaf baru Pas masih kental disiplinnya.

Bekas ahli PKR jaguh lompat setakat ini, lompat tinggi-tinggi sehingga semuanya bertindak menghentam Anwar. Bahkan mereka menjadi jaguh kepada media BN setakat ini, cakap mereka cukup laku. DAP juga ada yang pandai melompat, tetapi tidaklah sehebat PKR.

Karpal membidas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti. Bidasan Karpal ada betulnya.

Anggaplah semua yang berlaku, tragedi lompat-melompat tidak akan berulang pada pilihanraya ke-13. Janganlah nanti, pilih punya pilih, hanya katak-katak yang kau dapat, nak digulai pun tak dapat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.